• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hampir Dua Jam Tergantung 30 Meter Di Udara

oleh AK-47
02/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ENAM puluh empat penumpang tergantung dengan muka ke bawah untuk selama hampir dua jam apabila roller coaster yang dinaiki tiba-tiba berhenti secara mengejut di Universal Studios Jepun.

Pengurusan taman hiburan terkenal itu berkata, dua pedati roller coaster Flying Dinosaur tiba-tiba berhenti ketika pertengahan permainan yang landasannya sepanjang 1,100 meter.

Ketika itu, penumpangnya dalam posisi kira-kira 30 meter dari paras tanah.

Taman tema di Osaka yang sesak dengan pengunjung pada cuti “Minggu Emas” di Jepun berkata, semua penumpang terbabit selamat dan berjaya diturunkan selepas hampir dua jam.

Pengurusan taman itu juga memohon maaf atas masalah yang berpunca daripada peranti bermotor pada landasan dalam kejadian kira-kira 4.45 petang, Selasa itu.

Menurut media tempatan, Kyodo, kejadian itu telah dikesan alat keselamatan yang dipasang menyebabkan ia berhenti serta merta.

Permainan itu kembali beroperasi seperti biasa selepas dibaiki dan melalui proses pemeriksaan keselamatan rapi.

Walaupun kejadian itu berlaku, penunjung taman hiburan itu tetap bersesak dan berbaris panjang untuk menaikinya apabila ia dibuka semula pada 7 malam. – mStar Online

Tags: Osakaroller coaster
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

20 Pelancong Cemas Roller Coaster Dinaiki Rosak

01/02/2019
0

SEKUMPULAN pelancong berhadapan detik cemas apabila roller coaster yang dinaiki mereka rosak secara tiba-tiba. Menerusi kejadian di LIHPAO Discovery Land,...

Kapal Pelayaran Dipasang Roller-Coaster

22/12/2018
0

FLORIDA - Syarikat perkapalan antarabangsa, Carnival Cruise Line bercadang melancarkan sebuah kapal pelayaran mewah baharu bersama trek roller-coaster menjelang tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd