• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Undang Luak Jelebu Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

oleh AK-47
12/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

UNDANG Luak Jelebu, Datuk Mendika Menteri Akhirulzaman Datuk Musa Wahab, 77, meninggal dunia kira-kira jam 7.30 petang semalam di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS), Seremban, Negeri Sembilan.

Memetik laporan Bernama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Jalaluddin Alias berkata, Musa meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berada di rumahnya di Gedong Lalang, Ampangan di sini.

“Undang Luak Jelebu meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS),” katanya.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa ke Balai Undang Luak Jelebu (kediaman rasmi) di Kuala Klawang dan akan dikebumikan selepas solat Zohor hari ini.

Antara yang menziarahi jenazah Allahyarham di HTJS ialah Undang Luak Rembau, Datuk Lela Maharaja Datuk Muhamad Sharip Othman, Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri, Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Yusof Ahmad, Ketua Polis Negeri, Datuk Osman Salleh dan Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Zailan Adnan. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

Tags: Negeri Sembilan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Yakin Kekal Kuasa di Negeri Sembilan, Ramai Hadir Pelancaran Jentera

PH Yakin Kekal Kuasa di Negeri Sembilan, Ramai Hadir Pelancaran Jentera

13/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Kehadiran orang ramai pada majlis pelancaran Jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan malam tadi meningkatkan keyakinan...

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

“Puluhan Tahun Hambun Saya, Terlempar Dalam Penjara, Sekarang Masa Allah Takdirkan” – PMX

13/06/2026
0

SEREMBAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kedudukannya sebagai Perdana Menteri hari ini adalah ketentuan Allah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd