• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Suami Isteri, Rakan Didakwa Tipu Projek Lebuh Raya

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA — Sepasang suami isteri dan rakan mereka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menipu seorang kontraktor untuk melabur lebih RM1 juta dalam projek lebuh raya yang tidak wujud, dua tahun lepas.

Mohd Nasir Abu Hassan, 53, pengurus projek di sebuah syarikat pembinaan, isterinya Nazhatul Syahira Sanusi, 26, pengarah syarikat sama dan rakan mereka Wan Anizam Wan Ishak, 52, seorang arkitek, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Hakim Datin Fadzlin Suraya Mohd Suah.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa bagi mencapai niat bersama telah menipu S. R.Letchumanan, 47, dengan memperdayakan mangsa untuk melabur dalam projek Lebuhraya Pantai Timur Selatan yang telah diberi kepada ketiga-tiga tertuduh, sedangkan projek itu tidak wujud.

Kesemua tertuduh telah mendorong mangsa menyerahkan wang sebanyak RM1,060,000, yang mana mangsa tidak akan menyerahkan wang tersebut sekiranya tidak diperdayakan.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di Wisma Thiviya Builders Sdn Bhd, Jalan SP 2/4, Taman Serdang Perdana, Seri Kembangan, di sini pada September 2016 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Ashyraf Ashy’ari Kamaruzaman mencadangkan wang jaminan RM100,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin.

Peguam Lily Chua dan M.Manoharan yang mewakili pasangan suami isteri itu memohon jumlah tersebut dikurangkan dengan alasan ia terlalu tinggi dan kedua-dua anak guam mereka perlu menyara keluarga dan tiga anak yang masih kecil.

Peguam Datuk Suraj Singh yang mewakili Wan Anizam juga berkata anak guamnya perlu menyara tiga anak dan bersedia dengan sebarang syarat tambahan yang sesuai bagi mengurangkan jumlah jaminan.

Hakim Fadzlin Suraya membenarkan ketiga-tiga tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah dan melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 6 Jun untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen. — BERNAMA

Tags: kes tipu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hasrat Buka Bisnes Lebur Ditipu Firma Kewangan ‘Hantu’

25/12/2018
0

KUANTAN - Hasrat seorang pengasuh untuk memulakan perniagaan sendiri tidak kesampaian apabila diperdayakan syarikat pemberi pinjaman kewangan tidak wujud. Ketua...

Peguam Rugi Lebih RM100K Ditawar Pakej Percutian Tidak Wujud

22/12/2018
0

KUANTAN - Seorang peguam wanita mengalami kerugian RM107,500 selepas diperdaya oleh seorang individu yang menawarkan pakej percutian yang tidak wujud...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd