• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raih Manfaat Pembangunan Jika BN Dipilih

oleh Ahmad Albab
03/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUDAT – Semua pihak akan meraih manfaat dalam proses pembangunan negara, negeri dan kawasan masing-masing sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) untuk terus menerajui​​​​​​​ kerajaan, kata Bendahari UMNO, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.

Salleh, yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata rakyat perlu memberi sokongan padu dan kepercayaan kepada BN yang selama ini sudah terbukti banyak membawa pembangunan kepada negara dan Sabah amnya.

“Sebab itu rakyat perlu memastikan BN mendapat kemenangan mutlak dan saya yakin, dengan kukuhnya perpaduan dan semua calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Kudat mempunyai pengaruh tersendiri…sudah tentu kita (BN) akan menang besar pada pilihan raya umum ini.

“Apabila pengaruh tersendiri calon BN disatukan, sudah tentu tiga kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen Kudat tetap dimenangi BN dalam PRU14,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di sini, yang turut dihadiri calon BN di kerusi Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri selain calon di kerusi DUN Pitas Datuk Bolkiah Ismail dan calon bagi kerusi DUN Tanjong Kapor, Datuk Teo Chee Kang.

Sallleh, yang juga calon BN bagi kerusi Parlimen Kota Belud berkata tiada sebab untuk rakyat di kawasan Kudat menolak BN, kerana kerajaan diterajui BN telah membawa pelbagai pembangunan untuk rakyat di sini.

“Terbaru kerajaan telah meluluskan peruntukan untuk melaksanakan Lebuhraya Pan Borneo dari Tuaran ke Kudat. Saya telah difahamkan bahawa kerajaan telah melantik kontraktor untuk melaksanakan projek mega itu.

“Apabila Lebuhraya Pan Borneo itu siap, ia akan membawa banyak manfaat kepada rakyat Kudat. Sudah tentunya ia akan membuka peluang ekonomi kepada rakyat di sini dan mewujudkan peluang pekerjaan,” katanya.

Beliau berkata tidak dinafikan ada rakyat yang tidak menyokong BN kerana sebab tersendiri.

“Mereka berhijrah ke parti lain (pembangkang) disebabkan perasaan mereka menguasai pemikiran. Namun ia tidak akan berlaku sekiranya pemikiran mereka menguasai perasaan…kerana parti lain (pembangkang) itu tidak mampu untuk menjadi parti pemerintah.

“Parti itu (pembangkang) hanya timbul apabila menjelang pilihan raya dan selepas pilihan raya mereka tidak timbul lagi,” katanya.

Justeru itu, Salleh meminta semua pengundi di kawasan Parlimen Kudat terus memberi sokongan padu kepada BN untuk memastikan kestabilan, keharmonian serta agenda pembangunan yang dibawa oleh kerajan dapat terus dilaksanakan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Salleh Galas Tugas Pengerusi UMNO Sabah

05/06/2018
0

KOTA KINABALU - Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak dilantik menjalankan tugas Pengerusi Perhubungan UMNO...

Pembangkang Sebar Berita Palsu Sebab Tahu Akan Kalah

09/05/2018
0

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas pembangkang yang menyebarkan berita palsu untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd