• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tersalah Buka Tingkap, Lelaki Ditahan 15 Hari

oleh
02/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG lelaki di China didapati bersalah dan telah ditahan polis selama 15 hari gara-gara membuka pintu kecemasan kapal terbang yang disangka tingkap.

Memetik portal South China Morning Post, insiden tersebut berlaku di Lapangan Terbang Mianyang Nanjiao, barat daya Sinchuan ketika lelaki tersebut tidak tahan dengan keadaan sesak di dalam kapal terbang ketika menunggu giliran untuk berlepas.

Lelaki itu yang dikenali sebagai Chen, 25 tahun bertindak membuka ‘tingkap’ menyebabkan pintu dan laluan kecemasan terbuka.

Dia yang mahu kembali ke Pulau Hainan, tidak menyangka ‘tingkap’ yang ingin dibukanya adalah pintu kecemasan.

“Disebabkan udara sangat panas dalam kapal terbang, saya hanya menolak pegangan tingkap di sebelah saya. Saya menjadi panik apabila pintu itu terbuka tiba-tiba,” katanya.

Sumber : South China Morning Post

Selain ditahan polis, Chen telah didenda AS$11,000 (RM43,191) atas tindakannya itu atas kesalahan menyalahgunakan kemudahan penerbangan.

Syarikat penerbangan itu, yang tidak dinyatakan identitinya kepada media, berkata ia akan bekerjasama dengan agensi keselamatan awam dalam siasatan mereka.

“Setiap kali sebelum berlepas, petugas penerbangan akan memaklumkan kepada penumpang tentang langkah keselamatan termasuklah laluan kecemasan,” kata jurucakap syarikat penerbangan itu. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: kapal terbangpintu kecemasantingkap
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Api Di Kokpit Punca Nahas EgyptAir

28/04/2022
0

Rom : Pesawat EgyptAir yang terhempas dan meragut nyawa 66 penumpang di Laut Mediterranean disebabkan kebakaran di kokpit, menurut rumusan...

Pesawat Sriwijaya Air Dipercayai Terhempas

11/01/2021
0

KUALA LUMPUR - Sebuah Pesawat Sriwijaya Air hilang dari radar 5 minit selepas berlepas dari Jakarta menuju ke Pontianak, petang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd