• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atuk Patut Menangis Melihat Keluarga Sendiri

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMPEN raih simpati Mahathir melalui klip filem pendek Harapan/Kasihanilah Atuk makin hari makin bunuh karakter Mahathir selaku fighter tua Pakatan Harapan yang kini menumpang di bawah bendera PKR sebagai calon parlimen Langkawi.

Mahathir ketika mencipta teori raih simpati bagi pusingan 11 hari terakhir berkempen menduga imejnya sebagai seorang tua berusia 93 tahun dan bekas perdana menteri selama 22 tahun mampu meruntun hati pengundi sebagai jalan akhir mendapat sokongan untuk mencipta kejutan di Langkawi.

Namun dia lupa, dirinya banyak tersalut dengan masalah yang memudahkan subjek meraih simpati dijadikan medan tindak balas habis-habisan musuh politik beliau yang menyedari banyak realiti lain yang sengaja disembunyikan Mahathir terutama lingkungan keluarganya.

Orang takkan lupa bagaimana Mirzan Mahathir, anak seorang negarawan yang kononnya berpegang kepada Islam dan Melayu boleh dibiarkan memiliki saham 19.9% dalam syarikat pengeluar arak tersohor di Filipina, St. Miguel.

Orang yang celik imannya akan sedar bahawa arak adalah dosa besar. Bukan sekadar berkerja malah melabur dan meraih keuntungan dari bisnes arak yang dijadikan wang menyara keluarga adalah sumber haram yang dibakar api neraka.

Walaupun Mirzan sudah melepaskan semua pegangannya dalam St. Miguel pada 2010, ia menghantui pengundi Islam di Malaysia bagaimana seorang yang sering menyebut tentang Islam dan Melayu boleh membiarkan anak kandungnya menjadi tauke arak.

Video tersebut turut mendedahkan senarai nama-nama kroni Mahathir yang menjadi kaya raya apabila projek yang bermula dengan kos 2.5 billion itu melambung 300% apabila disiapkan dengan nilai 7.5 billion.

Selain itu, video Harapan/Kasihanilah Atuk turut dibantai teruk secara parodi dengan disisipkan pendedahan mengenai bagaimana anak Mahathir, Mokhzani menyapu projek bernilai RM470 juta sebagai kontraktor granit. Manakala abangnya Mirzan Mahathir meraih peluang sebagai pembekal perabot KLCC.

Video tersebut turut mendedahkan senarai nama-nama kroni Mahathir yang menjadi kaya raya apabila projek yang bermula dengan kos RM2.5 billion itu melambung 300% apabila disiapkan dengan nilai RM7.5 billion.

Lebih menyakitkan hati apabila kontrak Menara 1 Petronas diberikan kepada abang iparnya, Razali Mohd. Ali dan Menara 2 diberikan kepada sorang lagi abang iparnya, Hashim Mohd. Ali.

Video tersebut turut mendedahkan konspirasi meragukan antara Mahathir dan Ananda Krishnan dalam soal penjualan tanah yang jelas sekali merugikan Petronas.

Menurut fakta video parodi tersebut, Roslan Mohd. Latif mendedahkan, harga tanah milik kerajaan yang asalnya padang lumba kuda itu dijual kepada Ananda Krishnan pada harga RM100 juta.

Setelah mengubah status tanah tersebut sebagai tanah pembangunan, Ananda menjual kembali tanah tersebut kepada Petronas dengan harga RM600 juta. Bayangkan, sekelip mata kroninya mendapat keuntungan RM500 juta.

Parodi sarkastik ini memberi fakta bahawa habis semua disapu oleh kaum keluarga dan kroni-kroninya.

Bagi haters Mahathir, video ini adalah bola tanggung yang digunakan sepenuhnya untuk mendedahkan segala skandal membabitkan penyelewangan kontrak yang menguntungkan anak-anak dan kroni politiknya.

1 Mei 2018.

Tags: Mahathir Mohamad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd