• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Sanggup Gadai Nyawa Bahaya Demi ‘Like’

oleh AK-47
02/05/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MOSCOW – Seorang remaja lelaki di Rusia sanggup mengadai nyawa dengan melakukan aksi bahaya semata-mata demi mendapatkan banyak tanda ‘like’ menerusi media sosial.

Alexey Derbilov, 19, dirakam melompat ke atas landasan kereta api dan berbaring di dalam lubang keselamatan sebelum sebuah kereta api yang meluncur laju tiba di stesen metro Vistavochnaya, Moscow.

Derbilov dilihat sempat melindungi kepalanya menggunakan kedua-dua belah tangan ketika berbaring di landasan sambil menunggu kereta api selesai menurunkan penumpang.

Sementara itu, rakan Derbilov yang merakam insiden itu sempat berpesan kepadanya supaya jangan bergerak sehingga kereta api berlalu pergi.

Sebaik bangun daripada landasan, seorang pekerja stesen yang terlihat Derbilov memarahinya kerana menyifatkan perbuatan tersebut membahayakan keselamatan.

Namun Derbilov berbohong dengan mengatakan konon dia terjatuh di atas landasan.

Bagaimanapun, Derbilov akhirnya ditahan polis setelah rakannya memuat naik video tersebut menerusi laman sosial pada keesokan harinya.

“Saya melakukan aksi tersebut untuk mendapat banyak like dan meraih perhatian di laman sosial,” ujar Derbilov.

Dia bagaimanapun melahirkan rasa kesal setelah menyedari aksi ‘bodoh’ itu bukan sahaja membahayakan nyawa diri sendiri tetapi juga nyawa penumpang lain.

Derbilov kini berdepan perbicaraan apabila pihak polis mendapati banyak lagi video yang dimuat naik ke laman sosialnya menyalahi undang-undang negara. – Sinar Harian

Tags: kereta apiremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

Kereta Api Thailand Dihempap Kren, Tiada Rakyat Malaysia Terbabit

14/01/2026
0

Kuala Lumpur: Tiada rakyat Malaysia terlibat dalam insiden maut di timur laut Thailand, hari ini apabila sebuah kren pembinaan tumbang...

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd