• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pilih Parti Layak Mentadbir, Bukan Sekadar Alim

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Rakyat diingatkan supaya memilih calon-calon daripada parti yang benar-benar layak mentadbir, bukan sekadar melihat kepada latar belakang seseorang yang alim atau mempunyai ilmu agama yang tinggi.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata rakyat harus membuat pilihan tepat pada hari pengundian nanti kerana ia merupakan penentu kepada siapakah yang akan mentadbir negeri dan negara.

“Contohnya pada zaman Rasulullah, seorang alim meminta jawatan gabenor, namun Rasullullah tolak dan berkata kamu alim, kuat beribadat tapi kamu jahil tentang pentadbiran, maka jawatan gabenor diberi kepada orang yang pandai mentadbir,” katanya kepada pemberita selepas bertemu dengan pengundi-pengundi di Pekan Simpang Empat dekat sini.

Shahidan berkata beliau juga berpuas hati dengan sokongan yang diterima setakat ini dan yakin BN mampu menang besar bagi Parlimen Arau dan semua lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dalamnya.

Turut turun padang bersama Shahidan, penyandang DUN Simpang Empat, Nurulhisham Yaakob dan calon muka baharu DUN Sanglang, Che Zaidi Saidin.

Shahidan, penyandang kerusi Parlimen Arau akan ditentang oleh Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin dan Datuk Dr Rahman Daud daripada PKR. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Shahidan Kassim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

Krisis Politik Negeri Sembilan: Jalaluddin Bakal MB Baharu?

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim mendakwa Negeri Sembilan akan menerima Menteri Besar baharu....

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

Benarkan Pengeluaran KWSP, Ini Bukan Main Politik – Shahidan

10/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dibenarkan mengeluarkan sedikit...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd