• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Yaakob Dapat Nasihat Peguam Isu Pencalonan Ditolak

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Calon PKR daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Yaakob Osman akan mendapatkan pandangan peguamnya bagi mengambil tindakan mahkamah, termasuk memfailkan petisyen berhubung pencalonannya ditolak untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penaga.

Pada ceramah mengenai isu berkenaan di Paya Keladi di sini malam ini, beliau berkata peguamnya memberitahu punca pencalonannya ditolak kerana beliau mempunyai hutang kad kredit berjumlah RM10,000, 20 tahun lepas.

Yaakob, bagaimanapun berkata beliau tidak tahu dan menyedari langsung mengenai pinjaman kad kredit itu dan hanya mengetahui pada 10.30 pagi, Sabtu lepas semasa hari penamaan calon.

“Saya rasa kesal apabila perkara berkenaan tidak dimaklumkan lebih awal sedangkan sehari sebelum penamaan calon saya membuat semakan dan tidak mempunyai sebarang rekod muflis,” katanya.

Pada Sabtu lepas, Yaakob diumumkan tidak layak bertanding bagi kerusi DUN Penaga selepas terdapat rekod bahawa beliau diisytihar muflis.

Berikutan kegagalan Yaakob bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-14 itu, kerusi DUN Penaga bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mohd Zain Ahmad dan calon PAS Yusni Mat Piah. – BERNAMA

Tags: PPBM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Elak Tanggapan Tikus Membaiki Labu

05/06/2022
0

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) beriltizam mahu membantu mengatasi gejala rasuah dan salah guna kuasa dalam kalangan belia suatu usaha...

Fahami Dendam Membara PPBM

30/01/2022
0

Tiada apa perlu dihairankan berhubung ugutan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap UMNO. Memang begitulah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd