• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Moh Ngeteh’ Cara Santai Ismail Sabri Dekati Pengundi

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERA – ‘Moh Ngeteh’, yang bermaksud mari minum teh, menjadi platform kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mendekati pengundi dalam suasana santai.

Tanpa sebarang protokol, Ismail Sabri, 58, yang akan mempertahankan kerusi Parlimen Bera pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), juga akan sama-sama beratur meninjau aneka gerai makanan dan minuman dan mengambil sendiri juadah pilihannya.

“Apa lagi ditunggu? Mari cari kuih, air… kemudian kita boleh makan sama-sama,” katanya dalam loghat Pahang kepada mereka yang dilihat masih tercari-cari apa yang hendak dilakukan.

Ismail Sabri berkata ‘Moh Ngeteh’ dilaksanakan semasa beliau menyandang jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekitar 2012 berteraskan kepada prinsip ‘keluarga yang makan bersama, kekal bersama’.

Ini kerana, lulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya itu menganggap penduduk Bera adalah ‘keluarga besarnya’ kerana telah memberi kepercayaan kepadanya untuk menjadi wakil rakyat kawasan itu sejak 2004.

“Lebih mudah untuk saya bertanya khabar dalam suasana santai dan mereka juga kurang segan untuk bercerita kerana melihat saya boleh bersama-sama tanpa protokol… ia ibarat makan di kedai kopi sahaja,” katanya.

Ismail Sabri berkata sejak bergelar Anggota Parlimen, agenda pembangunan menjadi matlamat utamanya bagi menambah baik infrastruktur Bera.

Katanya ada penduduk yang ingin ke Felda Tembagau di sini terpaksa melalui jalan memasuki Negeri Sembilan, yang terletak bersebelahan dengan daerah Beram sebelum dapat kembali memasuki felda tersebut.

“Sekarang, jalan raya untuk ke Felda Tembangau sudah ada ditambah pula dengan laluan ke Felda Bukit Mendi yang secara keseluruhannya menjimatkan masa dan kos serta memanfaatkan penduduk daerah sekitar seperti Bentong.

“Kemajuan infrastrutur penting kerana ia membawa kepada pembangunan daerah secara keseluruhannya termasuk pembangunan pendidikan, yang merupakan asas pertama untuk membawa masyarakat keluar daripada kemiskinan,” katanya.

Ismail Sabri juga menyifatkan Bera sebagai daerah paling cepat membangun di Pahang dengan pelbagai tempat terdapat di sini termasuk restoran makanan segera, bank dan pasar raya ini.

Beliau yang aktif dalam politik sejak 1987 sebagai Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Temerloh kini melangkah setapak lagi dengan mahu menjadikan Bera sebagai hab pendidikan.

Katanya Bera menerima manfaat menerusoi pembinaan institusi-institusi pendidikan dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) antaranya Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dijadualkan siap pada tahun 2020, selain Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) dan kampus cawangan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Malah, Bera juga menjadi daerah pertama di Pahang yang mempunyai GiatMara Prima yang akan dibina di Bandar 34 dengan menawarkan lima kursus kemahiran berbanding dua kursus sahaja setakat ini,” katanya.

Ismail Sabri juga optimis dengan pembangunan teratur di Bandar 34, Kemayan di sini yang bakal menjadi bandar baharu susulan pembinaan sebuah kem tentera dengan peruntukan sebanyak RM50 juta, selain jaminan komitmen kerajaan negeri untuk membenarkan pembangunan bercampur di situ.

Menurutnya ini adalah antara inisiatif yang boleh dilakukannya untuk meningkatkan taraf hidup, ekonomi penduduk sekitar selain meningkatkan nilai hartanah di daerah ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Sabri YaakobPRU14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

Selesai Isu Kemelut Politik Pasca PRU14 Bukti Kewibawaan Agong Payungi Negara

27/01/2024
0

KUALA LUMPUR: Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menangani kemelut politik pasca-Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14)...

Thailand Harap Lawatan Ismail Sabri Perkukuh Kerjasama Dua Hala

22/02/2022
0

BANGKOK: Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Thailand bermula Khamis merintis peluang untuk kedua-dua negara memperkukuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd