• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sheila Banyak Bantu, Kayda Serap ‘Roh’ Tipah

oleh
01/05/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAMA Kayda Aziz mungkin masih baru lagi dalam dunia lakonan kerana anak Ratu Jazz negara, Datuk Sheila Majid itu masih dalam proses percubaan daripada seorang penyanyi kepada pelakon.

Pertama kalinya, Kayda atau nama sebenarnya Wan Nur Khaleda Aziz telah muncul sebagai watak antagonis dalam drama Mr. Grey dan dia juga telah menerima sokongan sangat kuat daripada ibunya yang tersayang.

“Pada awalnya, saya gementar untuk bawa watak Nadine yang menonjolkan pelbagai sisi hitam seperti sombong, penuh hasad dan sarat ego. Karakter itu cukup menguji, terutama untuk saya yang masih baharu dalam bidang itu,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Sebagai ibu, Sheila telah memberi sokongan yang padu kepada Kayda supaya dia dapat memberikan yang terbaik dalam segala apa yang dilakukan serta menerokai lebih banyak cabang dalam bidang seni.

Dalam masa yang sama, Kayda turut memberitahu bahawa aura watak ‘Tipah’ yang dibawakan oleh penyayi lagu Sinaran itu menerusi filem Ali Setan dahulu bagaikan telah ‘meresap’ masuk ke dalam jiwanya.

“Mujur ada ibu saya yang tidak lokek ilmu. Pengalaman ketika membawakan watak Tipah dalam Ali Setan dahulu nampaknya ‘diturunkan’ kepada saya. Banyak nasihat saya terima, termasuk menitik beratkan lenggok badan dan ekspresi wajah untuk menghidupkan karakter.

“Memang awalnya nampak mudah kerana bagi saya, tetapi apabila di set penggambaran, baru saya memahami tuntutan sebagai pelakon. Bukan sekadar melontarkan dialog, saya juga perlu memastikan mimik muka dan pembawaan karakter seiring.

“Kiranya adalah sikit-sikit saya ambil ‘roh’ Tipah dalam diri Nadine,” ujarnya lagi.

Kayda bersama pelakon drama Mr. Grey.

Dalam masa yang sama, Kayda turut baru sahaja melancarkaan satu album sulungnya iaitu Love For No Reason.

Salah satu lagu di dalam album berkenaan turut memperlihatkan Sheila bersama-sama menyanyikan lagu Call On Me bersama Kayda.

Album berkenaan merupakan terbitan komposer dari Indonesia iaitu Emir Hermono serta dua lagi penerbit tempatan, B.E.M dan Puffietop bagi memuatkan lima lagi lagu lain.

Bagi gadis berusia 27 tahun itu, pembabitannya dalam drama Mr. Grey dapat sambutan hangat daripada ibunya sendiri selaku individu pertama yang akan beri komen supaya dia dapat perbaiki lagi lakonan pada masa akan datang.

“Ibu adalah pengkritik paling ikhlas. Kalau dia tidak suka cara saya atau nampak saya berlebih-lebihan, dia akan cakap. Saya tidak terasa hati kerana tahu ibu mahu saya bersungguh-sungguh dalam setiap kerjaya yang diceburi,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: Datuk Sheila MajidKayda AzizNetizen
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd