• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, December 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemimpin Jerman Dituduh Rampas Isteri Orang

oleh Ahmad Albab
02/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BEKAS Canselor Jerman, Gerhard Schroeder, disaman bekas suami tunangnya yang berasal dari Korea Selatan kerana didakwa jalin hubungan sulit dengan wanita itu ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Januari lalu, bekas pemimpin Jerman berusia 74 tahun itu, mengumumkan akan mengahwini Kim So-yeon, penterjemah yang 26 tahun lebih muda daripadanya, selepas perkahwinan keempatnya gagal.

Kehidupan peribadi Schroeder dan empat perkahwinan sebelum ini menyebabkan dia digelar ‘Audi man’, merujuk kepada simbol empat gelang kereta buatan Jerman itu.

So-yeon dan suaminya bagaimanapun bercerai pada November lalu.

Masyarakat Korea Selatan menganggap hubungan luar nikah adalah satu jenayah, dengan beberapa pesalah, pasangan yang curang dan kekasih masing-masing dikenakan hukuman penjara.

Dalam pada itu, isteri keempat Schroeder, Doris Schroeder Kopf, ketika dalam proses perceraian mereka September lalu, mendakwa So-yeon ada peranan dalam perpisahan mereka.

“Kedua-duanya mula bercinta ketika masing-masing masih berkahwin,” kata bekas suami So-yeon yang dipetik agensi berita Korea Selatan, Yonhap.

Lelaki itu yang tidak didedahkan namanya dilaporkan menyaman Schroeder sebanyak 100 juta won (RM368,000) sebagai ganti rugi kerana mengalami tekanan mental teruk.

Yonhap melaporkan bahawa saman difailkan di Mahkamah Keluarga Seoul. – AFP/myMetro Online

Tags: curangJermanKorea Selatan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

Langkah Berani Jerman: Aktifkan Sistem Arrow Untuk Tampan Ancaman Rusia

04/12/2025
0

Jerman secara rasmi telah mengaktifkan bateri pertama sistem pertahanan peluru berpandu balistik Arrow 3 buatan Israel di Pangkalan Udara Holzdorf,...

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

Lebih 2,500 Dipindahkan Akibat Hujan Lebat Landa Wilayah Selatan Korea Selatan

04/08/2025
0

SEOUL - Lebih 2,500 penduduk terpaksa dipindahkan selepas hujan lebat semalaman melanda wilayah selatan Korea Selatan, lapor Agensi Berita Yonhap....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd