• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanjeevan Bebas Daripada Tuduhan Pemerasan

oleh Ahmad Albab
01/05/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Mahkamah Majistret Seremban hari ini melepaskan dan membebaskan Pengerusi Pasukan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch), Datuk R. Sri Sanjeevan daripada pertuduhan pemerasan dua tahun lepas.

Majistret Mohd Zaki Abd Rahman membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Sanjeevan.

“Setelah mendengar keterangan 12 saksi pendakwaan mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie dan oleh itu mahkamah melepaskan tertuduh daripada pertuduhan ini,” kata Mohd Zaki.

Mengikut pertuduhan, Sanjeevan didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Goh Toh Hon di Plaza Tol Nilai Lebuhraya Utara-Selatan pada kira-kira pukul 10.45 malam, 22 Jun 2016.

Sanjeevan didakwa akan mendedahkan aktiviti perjudian haram yang dikendalikan oleh Goh dan sekali gus mendorong mangsa dengan curangnya menyerahkan wang tunai berjumlah RM25,000 kepada tertuduh.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya, Saiful Hazmi Mohd Saad dan Shukor Abu Bakar manakala tertuduh diwakili peguam S.Prakash dan Gobind Singh Deo. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: pemerasanSanjeevan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Gagal Tangani Sindiket Scam – Bersatu

Kerajaan Madani Gagal Tangani Sindiket Scam – Bersatu

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyuarakan kebimbangan serius terhadap kegagalan kerajaan dalam membendung kegiatan sindiket penipuan atau...

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA Tidak Sah, Langgar Perlembagaan

Penahanan Sanjeevan Bawah POCA Tidak Sah, Langgar Perlembagaan

28/06/2022
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mendapati penahanan Pengerusi badan pemantau jenayah, MyWatch, R Sri Sanjeevan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd