• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, August 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nizar Didakwa Semula Kerana Fitnah Najib Pada 2012

oleh Ahmad Albab
31/01/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin didakwa semula di Mahkamah Sesyen di sini, atas tuduhan memfitnah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, didakwa memfitnah dengan menyatakan dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara jam 9 malam dan 12 tengah malam pada 23 April 2012, suatu tohmahan dengan mengetahui perbuatan itu akan merosakkan nama baik Perdana Menteri.

Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Mohammad Nizar yang didakwa di hadapan Hakim Noor Hayati Mat bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan meminta dirinya dibicarakan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,000 bersama seorang penjamin dan menetapkan kes itu disebut semula pada 6 Mac depan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amer Abdul Karim manakala Mohammad Nizar diwakili barisan peguam diketuai Hatim Musa.

Mohammad Nizar sebelum ini dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 13 Januari lalu terhadap pertuduhan sama, selepas mahkamah menerima bantahan awal dikemukakan pihak pembelaan terhadap saman yang dikenakan ke atasnya.

Mohammad Nizar melalui peguam Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin mengemukakan bantahan awal dengan alasan aduan yang dibuat terhadapnya tidak mengikut aturan yang ditetapkan dan mahkamah tidak sepatutnya membuat keputusan meneruskan kes itu.

– BH Online

Tags: Najib Tun RazakNizar Jamaluddin
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

Hassan Karim Persoal Aset TH Dipindah Ketika PH, Siapa Tanggung Sukuk RM27.5 Bilion?

12/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Persoalan mengenai pemindahan aset Lembaga Tabung Haji (TH) kepada Urusharta Jamaah Sdn Bhd (UJSB) ketika...

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd