• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Satu Pertiga Pesakit Denggi Di HKL Adalah Pekerja Asing

oleh Ahmad Albab
30/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pekerja asing yang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) baru-baru ini adalah satu pertiga daripada jumlah pesakit denggi di wad tersebut.

Pakar kesihatannya, Dr Saiful Safuan Md Sani berkata pekerja asing itu kebanyakannya terdiri daripada warga Indonesia, Pakistan, Bangladesh dan Nepal.

“Sama ada rakyat tempatan atau warga asing, pesakit di HKL datang dari kawasan kejiranan yang padat,” katanya.

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menggesa ahlinya untuk menyediakan kemudahan tempat tinggal yang baik untuk pekerja asing dan mengajar mereka untuk mengamalkan kebersihan.

Pengarah Eksekutifnya, Datuk Shamsuddin Bardan berkata pekerja asing tidak sepatutnya dibiarkan tinggal di rumah sementara yang tidak mempunyai kemudahan secukupnya.

“Sekiranya mereka tidak menjaga kebersihan, penyakit denggi akan merebak di kalangan mereka, menjejaskan produktiviti dan keuntungan,” tegasnya.

Malah, beliau berkata, perlu ada pengurusan sampah yang lebih efisyen di tapak pembinaan untuk menggelakkan penularan wabak denggi.

“Terdapat timbunan sampah yang ditinggalkan di tapak pembinaan yang menarik kehadiran lalat, manakala kolam yang bertakung memudahkan nyamuk untuk membiak.

“Majikan harus mengajar pekerja mereka mengenai cara menjaga kebersihan di tempat tinggal dan tapak kerja mereka,” katanya.

Pada Ahad, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kira-kira 3,000 kes denggi terbaharu dilaporkan di seluruh negara sejak beberapa minggu lalu dengan 1,000 kes disahkan berlaku di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, pihaknya mengambil pendekatan proaktif dalam memerangi wabak itu.

“Kami memulakan kempen Terjah dan Musnah denggi di kawasan yang mencatatkan kadar kes tertinggi,” katanya selepas menghadiri satu majlis di Masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong di sini.

Azmin berkata masalah itu perlu ditangani secara bersama oleh kerajaan negeri dan juga kerajaan Persekutuan. – The Star Online

https://www.youtube.com/watch?v=XnnRmVVfOG0

Tags: demam denggiwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd