• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Durian Busuk Disangka Kebocoran Gas Berbahaya

oleh
29/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KECOH… Bau durian busuk yang ‘menyengat’ di sebuah perpustakaan pusat bandar Melbourne, Australia telah disangka kebocoran gas dan menyebabkan ratusan pelajar dan pensyarah bergegas keluar daripada bangunan tersebut.

Sebagai langkah keselamatan, pihak perpustakaan itu telah menghubungi pasukan bomba ke Institut Teknologi Diraja Melbourne (RMIT) di Labtrobe Street pada jam 3 petang (waktu tempatan) selepas bau busuk itu dikesan, lapor akhbar tempatan.

“Pemindahan itu melibatkan kira-kira 500 pelajar dan pensyarah. Puluhan bomba melakukan pemeriksaan untuk mengesan punca bau itu berikutan bangunan tersebut diketahui menyimpan bahan kimia berbahaya.

“Selepas pencarian yang komprehensif, pasukan kami berjaya mengesan bau gas yang terhasil daripada durian busuk. Ia telah meresap ke dalam sistem penghawa dingin bangunan tersebut dan menghasilkan bau seperti gas kimia,” jelas jurucakap bomba.

Pihak Berkuasa Perlindungan Alam Sekitar bertindak menyelia pembuangan durian tersebut.

Setelah kerja-kerja pembersihan diselesaikan, perpustakaan tersebut telah dibuka semula pada jam 6 petang (waktu tempatan).

Sehingga kini, tidak dikenal pasti siapa individu yang bersalah menjadi punca kekecohan tersebut.

Biasanya, durian mempunyai jangka hayat tiga hingga enam hari apabila disimpan di suhu bilik. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

Tags: DURIANgas berbahayaperpustakaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

Guru Didakwa Cabul Murid Lelaki Dalam Perpustakaan

30/11/2023
0

MUAR: Seorang guru didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas lima tuduhan amang seksual fizikal terhadap tiga murid...

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd