• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Penjuru Di Kerusi Paling Ramai Pengundi Di Malaysia

oleh
28/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAHULU kerusi Parlimen ini dikenali sebagai Serdang namun selepas proses persempadanan semula, ia dinamakan sebagai Bangi dan merupakan kawasan paling ramai pengundi di Malaysia!

Uniknya dengan rekod pemilih berdaftar tertinggi negara ini, kerusi itu menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 antara Barisan Nasional (BN), PAS, PKR dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Calon BN diwakili oleh Datuk Liew Yuen Keong manakala PAS pula ialah Mohd. Shafie Ngah, sementara calon DAP yang terpaksa bertanding menggunakan logo PKR iaitu Dr. Ong Kian Ming dan akhir sekali wakil PRM, Dennis Wan.

Suasana pendaftaran di Dewan Utama Demesme, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat tenang, malah, tiada calon yang ditolak permohonan seperti yang diumumkan Pegawai Pengurus Pusat Penamaan Calon, Datuk Rosli Othman.

Ironinya, Kian Ming merupakan penyandang kerusi tersebut semasa dikenali sebagai Serdang dan secara kebetulan Mohd. Shafie ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi yang kini dinamakan sebagai kerusi Sungai Ramal.

Parlimen P.102 Bangi ada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri iaitu Kajang, Sungai Ramal dan Balakong. Susulan persempadanan semula, ia mempunyai pertambahan kepada 178,790 pengundi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bangi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU-15: Pertembungan Lapan Penjuru Di Bangi

PRU-15: Pertembungan Lapan Penjuru Di Bangi

05/11/2022
0

Bangi : Kerusi Parlimen Bangi menyaksikan pertembungan lapan penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini. Ikuti...

Meninggal Dunia Sewaktu Bermain Golf Di Bangi

25/09/2017
0

BANGI - Seorang lelaki meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung ketika sedang bermain golf di sebuah kelab golf di di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd