• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lee Chong Wei Semakin Hampiri Gelaran Ketiga Asia

oleh AK-47
27/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei semakin hampir dalam misi memburu gelaran ketiga Kejohanan Badminton Asia (BAC) selepas dengan mudah melangkah ke separuh akhir di Wuhan, China, hari ini.

Chong Wei, selaku pemain ranking ketujuh dunia, hanya mengambil masa 31 minit untuk menyingkirkan pemain nombor lima dunia, K. Srikanth dari India, 21-12, 21-15 dalam aksi suku akhir.

Sebelum ini, di Sukan Komanwel Gold Coast, Australia, dua minggu lalu, Chong Wei tewas kepada Srikanth dalam acara berpasukan campuran sebelum berjaya membalas dendam ke atas pemain berusia 25 tahun itu untuk meraih pingat emas kategori perseorangan lelaki.

Di separuh akhir, Chong Wei, yang juga juara pada 2006 dan 2016, akan bertemu dengan pemain Jepun, Kento Momota, yang membuat penampilan semula pada Julai lalu selepas proses rehabilitasi akibat masalah perjudian.

Momota turut mengesahkan slot separuh akhir selepas mengalahkan pemain Taiwan, Chou Tien Chen, yang juga pilihan ketujuh kejohanan, dalam straight set 21-5, 21-13.

Sementara itu, beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal melepasi saingan suku akhir apabila kalah kepada beregu pilihan ketiga, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda dari Jepun, 18-21, 17-21. – BERNAMA

Tags: Chong Wei
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pemilik Akaun FB Hina Anggota Polis Kemalangan Diburu

Next Post

AirAsia India Terbangkan 74 Peratus Penumpang

Related Posts

Berat Badan Chong Wei Susut Hampir 5 Kilogram

12/10/2018
0

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata beliau amat gembira untuk melihat keadaan...

Chong Wei Mahu Pecah Rekod Sebelum Bersara

24/06/2018
0

PEMAIN nombor enam badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei mahu merealisasikan impiannya mencipta pencapaian luar biasa sebelum bersara. Jaguh perseorangan...

Next Post

AirAsia India Terbangkan 74 Peratus Penumpang

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd