• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selalu Tidur Di Meja, Wanita Terkejut Perlu Dibedah

oleh AK-47
29/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUNGKIN ada yang pernah berasa begitu letih di pejabat sehingga terpaksa tidur berbantalkan lengan letak di atas meja?

Ramai yang pernah melakukannya, tetapi tidur seperti ini setiap hari untuk jangka masa yang panjang nampaknya boleh membawa kesan negatif, seperti yang dialami seorang wanita di China baru-baru ini.

Zhang, 28, seorang pekerja pejabat di Harbin, China, selalu tidur di meja ketika waktu rehat selama satu jam, yang mana lengan kirinya dijadikan bantal.

Akibatnya jari Zhang sering sakit dan berasa kebas apabila dia terjaga, tetapi dia mengabaikannya sehinggalah kejadian tiga bulan lalu.

Ketika bangun dari tidur, lengan kirinya berasa sangat kebas.

Dia pernah merasai rasa kebas yang sama sebelum ini, tetapi biasanya akan hilang selepas beberapa minit.

Tetapi kali ini rasa kebas itu tidak hilang dan dia mula mengalami masalah dalam melakukan tugas seperti sukar mengambil objek, jadi dia pergi berjumpa doktor.

Walaupun Zhang mengesyaki ada sesuatu tidak kena pada tangannya, dia tidak pernah terfikir apa dialaminya itu memerlukan pembedahan dan langsung tidak menyangka ia ada kaitan dengan amalan tidur di meja setiap hari.

Kini baru dia tahu bahawa merehatkan kepala di atas lengan boleh menyebabkan kerosakan teruk pada saraf radial, yang mengawal pergerakan pergelangan tangan dan jari.

Gejala-gejala yang dialami oleh Zhang biasanya boleh dirawat dengan senaman fizikal khas, tetapi kerana dia sudah lama mengabaikannya dan terus memberikan tekanan pada saraf radialnya, ia menjadi sangat teruk.

Justeru pembedahan adalah satu-satunya pilihan untuk memulihkan lengan kirinya. Doktor memberi amaran bahaya penggunkan lengan sebagai bantal ketika tidur atau melelapkan mata seketika.

Ini terutama jika dilakukan untuk jangka waktu yang lama, juga memberikan tekanan kepada mata, mengehadkan aliran darah ke otak malah mempengaruhi sistem pencernaan. – Oriental Daily

*Video sekadar hiasan…

Tags: bantal lengansaraf
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd