• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Suspek ‘Macau Scam’ Ditahan, Barangan Dirampas

oleh Ahmad Albab
27/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia menahan empat suspek sindiket ‘Macau Scam’ dan merampas pelbagai barangan termasuk pingat darjah kebesaran dan kereta-kereta mewah yang dianggarkan bernilai RM5.3 juta.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dua daripada suspek yang ditahan merupakan pasangan suami isteri berusia 22 hingga 25 tahun dan ditahan di Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu, Jitra, Kedah pada 10 April lepas, setelah dipercayai cuba melarikan diri ke negara jiran.

“Suspek-suspek ini berperanan menyamar sebagai pegawai dari Bank Negara Malaysia (BNM).

“Dua suspek lagi berumur 36 dan 37 tahun, dipercayai berperanan sebagai ketua sindiket dan orang kanannya, telah ditahan, di Sungai Long dan Wangsa Maju pada 12 April lepas,” katanya kepada pemberita pada sidang media di IPK Kuala Lumpur.

Menurutnya polis turut memburu empat lagi suspek sindiket berkenaan berusia 30 hingga 36 tahun bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau berkata, bertindak atas maklumat yang diperoleh daripada tangkapan itu, pihaknya melalui sepasukan polis dari Pasukan Siasatan Pengubahan Wang Haram, Bukit Aman dan dibantu sepasukan dari Bahagian Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur menyerbu empat rumah di sekitar Kajang, Kepong dan Kuala Lumpur pada 14 April lepas.

Mazlan berkata serbuan itu membawa kepada rampasan lapan buah kenderaan mewah dianggarkan bernilai RM2.7 juta.

Katanya polis turut menyita kesemua barang rampasan di bawah Seksyen 45 (1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) bagi siasatan lanjut.

“Pihak polis juga membekukan 17 akaun bank berjumlah RM807,220.87 di bawah Seksyen 44(1) AMLATFPUAA 2001 yang dipercayai wang haram yang diperoleh menerusi aktiviti penipuan Macau Scam,” katanya.

Pada 20 Mac lepas, Bernama melaporkan seramai 14 suspek warga tempatan telah ditahan, dipercayai daripada sindiket sama, memiliki 10,000 senarai maklumat lengkap peribadi mangsa Macau Scam yang melibatkan kerugian dianggarkan bernilai RM3 juta di sekitar Lembah Klang.

Mazlan berkata jumlah kerugian RM3 juta itu, merupakan 44 kes laporan polis yang dibuat mangsa sindiket itu sejak Julai tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Macau Scam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

Skim Pelaburan ‘5% Setiap Transaksi’ Rupanya Perangkap, RM31 Juta Lesap

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Taktik menjanjikan pulangan lumayan akhirnya memakan diri apabila sekumpulan pelabur warga asing kerugian lebih RM31 juta selepas...

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

China Hukum Mati Ketua Sindiket Penipuan Sempadan Myanmar

06/11/2025
0

CHINA HUKUM MATI KETUA SINDIKET PENIPUAN SEMPADAN MYANMAR – OPERASI “CYBER SLAVERY” DIGEMPUR HABIS-HABISAN Oleh Mynewshub  BEIJING, 6 November 2025...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd