• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, November 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah Tolak Kes 16 Bekas Ahli UMNO Bubar Parti

oleh
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANTOI… Tindakan 16 bekas ahli UMNO cuba sabotaj parti tersebut menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 akhirnya gagal sekali lagi selepas kumpulan itu dipecat keahlian pada minggu lalu.

Hari ini, nasib mereka bertambah malang apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan mereka untuk mencabar kesahihan parti berkenaan kerana didakwa konon melanggar perlembagaannya sendiri.

Hujah mereka bahawa UMNO gagal buat pemilihan parti hampir lima tahun turut menjadi bahan jenaka netizen kerana pihak Jabatan Pendaftar Pertubuhan (Ros) sebenarnya sudah memberi penangguhan sehingga April 2019.

Hakim Datuk Kamaludin Md. Said memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal dikemukakan Jabatan Peguam Negara terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman difailkan individu terbabit.

Pada 20 April lalu, 16 bekas ahli UMNO mengemukakan permohonan kebenaran untuk memulakan prosiding semakan kehakiman, antaranya mengisytiharkan parti itu tidak sah kerana didakwa melanggar perlembagaannya.

Mereka malahan menamakan pihak RoS dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh dalam kapasiti sebagai pegawai awam dalam parti, sebagai responden pertama dan kedua untuk permohonan kes tersebut.

Dalam permohonan kebenaran itu, pemohon terbabit turut memohon beberapa perintah perisytiharan berhubung kedudukan dan status UMNO berikutan parti tersebut didakwa telah melanggar perlembagaan parti.

Ini kerana pemilihan semua peringkat iaitu Cawangan, Bahagian dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO ditunda sebanyak dua kali iaitu lebih tempoh maksimum 18 bulan seperti diperuntukkan dalam perlembagaan parti.

Kes berkenaan turut menarik perhatian pelbagai pihak kerana peguam yang mewakili kumpulan itu diketahui propembangkang dan disifatkan cuba mengeksploitasi ahli UMNO sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Jabatan Pendaftaran PertubuhanPRUUMNO
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

‘Kalau Berjaya, Inilah Formula Yang Kita Akan Pakai Dalam PRU’ – Khaled Nordin

31/10/2026
0

MELAKA - Kerjasama UMNO dan PAS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 bakal menjadi medan menguji formula politik yang...

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

UMNO Lepaskan Kerusi Dimenangi Demi Perpaduan Ummah – Azrul Abu Hasan

28/10/2026
0

MELAKA - UMNO sanggup melepaskan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput yang dimenanginya sebelum ini dan bertanding di kerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd