• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Super: Nidzam Adha Dalam Dilema Bertemu Terengganu

oleh AK-47
27/04/2018
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DILEMA hilang satu, dapat satu. Itu yang dialami ketua jurulatih Kedah, Mohd Nidzam Adzha Yusof yang akan turun sebagai pelawat menentang Terengganu malam ini.

Kedah terpaksa melupakan khidmat Akram Mahinan, namun menerima semula sentuhan Liridon Krasniqi dalam perlawanan tersebut.

Akram yang kini beraksi dengan cemerlang bagi membantu bahagian tengah perlu melupakan perlawanan itu kerana menerima tiga kad kuning.

“Saya memang gembira kerana Liridon mampu beraksi kembali selepas menjalani hukuman digantung dua perlawanan, tapi sekarang giliran Akram pula.

“Kehadiran Liridon pasti akan memantapkan bahagian tengah tetapi tugas Akram ialah membantu bahagian pertahanan yang tidak dilakukan oleh Liridon. Memang pening sikit tapi semuanya dalam keadaan baik.

“Hanya Amirul Hisyam Awang Kecik sahaja yang mampu ambil tugas Akram kerana dia juga pemain tengah yang mampu membantu bahagian pertahanan dan saya sedang berfikir siapakah yang terpaksa dikeluarkan bagi Liridon dapat berada dalam kesebelasan utama.

“Saya melakukan segalanya dan telah merencanakan bagaimana barisan pemain perlu beraksi di Kuala Terengganu malam ini dan berharap mereka mampu bawa tiga mata penuh,” katanya kepada mStar Online.

Mohd Nidzam menambah, aksi barisan pertahanan kini semakin baik dengan gandingan Arif Farhan, Alvaro Da Silva, Khairul Helmi Johari dan Rizal Ghazali selepas perlawanan menentang Selangor sebelum ini.

“Saya mungkin akan merehatkan dulu Pablo Pallares bagi memberi ruang kepada barisan pemain yang berjaya menghasilkan jaringan dalam perlawanan sebelum ini.

“Kita tahu menentang Terengganu di tempat mereka bukan laluan mudah kerana mereka juga mahukan tiga mata dan merebut kedudukan terbaik dalam liga.

“Oleh itu semua pemain perlu menjalankan tugas mereka dengan baik dan tidak melakukan kesilapan yang akan memberi ruang dan peluang kepada lawan,” jelasnya. – mStar 

Tags: bolasepakMohd Nidzam Adzha Yusoff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serap Semangat Skuad B-23

25/09/2018
0

KUALA LUMPUR - Kejayaan skuad bawah (B-23) tahun negara yang berjaya menamatkan badi gagal menundukkan Korea Selatan selama 44 tahun...

‘Bolt Lebih Sesuai Beraksi Di Posisi Pertahanan’ – Vicente

13/09/2018
0

MADRID - Bekas pengendali Sepanyol, Vicente del Bosque merasakan Usain Bolt akan menjadi ‘pemain bola sepak yang amat bagus’ tetapi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd