• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Pelajar Perempuan IPTA Mengaku Berkhalwat 7 Lelaki

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA pelajar perempuan berusia 21 dan 22 tahun dari sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bersama dengan tujuh lagi individu dihadapkan ke Mahkamah Syariah Kuala Terengganu kerana berkhalwat.

Lapor beberapa portal berita tempatan, dua pelajar perempuan terbabit dan tujuh lagi lelaki yang berusia antara 19 hingga 23 tahun itu mengaku bersalah di atas pertuduhan mengikut Seksyen 31 (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.

Kesemua tertuduh didakwa berkhalwat di dalam sebuah rumah di Kampung Padang Nenas jam 2.15 petang pada 16 November 2017.

Berdasarkan fakta kes, semasa tiba di premis tersebut mendapati pintu utama rumah itu tertutup rapat serta berkunci dari bahagian dalam. Bagaimanapun pintu dibuka oleh seorang lelaki selepas diketuk dan diberi salam beberapa kali.

Pemeriksaan lanjut di dalam rumah itu menemukan dua lelaki berada di ruang tamu satu, manakala tiga lagi lelaki di ruang tamu dua.

Sementara itu di bilik pertama pula menemukan seorang lelaki yang hanya memakai seluar track panjang bersama dengan seorang perempuan (21) tahun yang sedang berada di atas katil. Manakala di bilik kedua pula menemukan seorang perempuan (22 tahun) berseorangan.

Ketika disoal siasat, kedua-dua pelajar perempuan itu memberikan alasan datang ke rumah yang disewa oleh rakan-rakan lelaki mereka itu sekadar membuat tugasan sahaja.

Susulan kesemua tertuduh membuat pengakuan bersalah, Hakim Syarie mengenakan hukuman denda RM2,500 kepada pelajar perempuan berusia 21 tahun, manakala seorang lagi berusia 22 tahun bersama dengan yang lain didenda RM1,500.

Bagaimanapun, kesemuanya diarahkan dipenjara tiga minggu sekiranya gagal menjelaskan denda. -MYNEWSHUB.CC\

*Video sekadar hiasan…

Tags: IPTAkhalwat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

Pengiktirafan UEC Hanya Permulaan, Perjuangan Belum Selesai – DAP Johor

11/06/2026
0

JOHOR BAHRU - DAP tidak akan berpuas hati dengan keadaan semasa kerana perjuangan untuk pengiktirafan penuh Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

“Bukan Semua Kaum Cina Sokong Pengiktirafan UEC” – Sing Phing

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR - "Bukan semua kaum Cina sokong pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC). Ada yang menghantar anak ke Sekolah Menengah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd