• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lancar ‘Malaysia’ Sempena PRU14 Hanya Kebetulan

oleh Haris
26/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK boleh dinafikan, kebanyakan lagu digubah komposer dan penyanyi, Faizal Tahir pasti jadi siulan masyarakat tidak kiralah sama ada ia dinyanyikannya sendiri atau diberi kepada artis lain.

Umum juga mengetahui bahawa Faizal sinonim dengan lagu berbentuk patriotik atau bermotivasi seperti lagu Negaraku dan lagu yang evergreen membangkitkan semangat sesiapa yang mendengarnya sehingga kini, Gemuruh.

Bagi Faizal sendiri, tiada apa yang lebih membanggakan dirinya selain berjaya menghasilkan lagu khas berbentuk patriotik berjudul Malaysia sebagai sumbangannya kepada tanah air tercinta.

Bagaimanapun, Fazal berkata, single yang mula diperdengarkan kepada umum kira-kira tiga minggu lalu itu sememangnya bukan sengaja diedar sempena musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang menjelang tiba.

“Bukanlah kami rancang untuk tampil dengan single Malaysia sempena PRU14, sebaliknya apa yang berlaku adalah kebetulan.

“Secara tidak langsung, lagu ini dapat menjadi pembakar semangat untuk rakyat Malaysia bersatu biarpun berbeza pendapat dan sebagainya.

“Sebagai komposer dan penyanyi, ini adalah salah satu sumbangan saya kepada negara.

“Saya dapat idea untuk menghasilkan lagu cintakan negara yang boleh dimainkan pada bila-bila masa, bukan sepanjang bulan kemerdekaan,” katanya dipetik BH Online.

Tambahnya, cinta bukan hanya boleh diungkapkan kepada individu lain, sebaliknya ia boleh dizahirkan melalui pelbagai aspek kehidupan seperti semangat kecintaan kepada negara.

Disebabkan itu, Faizal mengambil keputusan untuk menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza bersama rakan komposer Mike Chan dan Ezra Kong, sesuai dengan umurnya dan statusnya sebagai bapa kepada enam orang anak.

Dalam pada itu, Faizal turut memberikan perkembangan terbaharu berkaitan artis di bawah naungannya iaitu kumpulan Nastia, dengan memberitahu bahawa mereka akan tampil dengan single terbaharu tidak lama lagi.

Kumpulan Nastia.

“Saya teruja melancarkan lagu terbaharu Nastia kerana mereka membawa sesuatu yang berbeza. Kalau diikutkan, belum ada band tempatan yang bawa lagu cara mereka. Jadi kita cuba benda baharu,” ujarnya.

Selain Nastia, artis lain yang turut berada di bawah naungan syarikat rakaman milik Faizal iaitu Faithful Music termasuklah penyanyi asal Brunei, Aziz Harun. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Faizal TahirnastiaPRU-14
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

PRU15: BN Yakin Bentuk Kerajaan, Sokongan Lebih Baik Banding PRU14

14/11/2022
0

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) yakin dapat membentuk kerajaan serta memperoleh majoriti mudah 112 kerusi pada Pilihan Raya Umum...

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

PRU-15: Turunkan Bendera PH Kerana Menutup Pagar Hadapan Muzium Negara

11/11/2022
0

Kuala Lumpur : Tindakan individu menurunkan bendera parti Pakatan Harapan (PH) di hadapan Muzium Negara, di sini, kerana pemasangan bendera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd