• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembangkang Diingat Jangan Bawa Unsur Komunis

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

YAN – Pihak pembangkang diingatkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan rakyat dengan mengagungkan individu tertentu yang membawa unsur komunis ke dalam negara ini, kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata sifat tidak sensitif dan peka terhadap sejarah negara itu memperlihatkan bahawa pakatan pembangkang hanya ingin bawa kefahaman mengikut kehendak mereka sendiri dan akan mengubah sejarah negara sekiranya diberi peluang memerintah negara.

“Dalam buku teks Sejarah sekolah, ada dinyatakan siapa pejuang negara dan siapa yang menjadi musuh kepada negara. Jadi, siapa yang tidak menentang musuh dan menyokong komunis, mereka ini tidak boleh dilihat sebagai wira negara,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pendidikan berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan calon DAP kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama, Selangor, Jamaliah Jamaludin yang mengangkat neneknya Shamsiah Fakeh sebagai seorang wirawati dan pejuang bangsa yang amat penting dalam sejarah negara.

Shamsiah ialah seorang pejuang berhaluan kiri sebelum dan selepas Tanah Melayu merdeka pada 1957.

Terdahulu, Mahdzir melawat Sekolah Kebangsaan Sungai Dedap, di sini dan mengumumkan peruntukkan RM3.2 juta kepada Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan untuk kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mahdzir Khalid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Projek Solar: Mahdzir Selesai Keterangan Di SPRM

30/11/2018
0

PUTRAJAYA – Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, selesai memberi keterangan selama tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan...

Agenda PH Lebih Cenderung Perjuangan DAP

30/06/2018
0

KERAJAAN Pakatan Harapan (PH) dijangka tidak dapat mengelak daripada perjuangan parti komponennya, DAP

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd