• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPR Harus Lebih Agresif Kekang Berita Palsu

oleh AK-47
26/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu lebih agresif dalam usaha menyekat penyebaran berita palsu berkaitan badan bebas itu yang dikhuatiri boleh menjejas kepercayaan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata ini bagi memastikan kredibiliti organisasi berkenaan terus terpelihara dalam mengendalikan proses pilihan raya di negara ini.

Beliau menyifatkan SPR pada ketika ini hangat dikaitkan dengan pelbagai berita palsu disebar pihak bertanggungjawab yang pastinya mempunyai agenda tertentu dan situasi itu pastinya perlu dielakkan serta dibanteras.

“Berita palsu ini perlu dikekang, ketika ini banyak berita yang tidak diketahui kesahihannya dan ini merupakan satu cabaran kepada SPR untuk mengatasinya,” katanya kepada Bernama ketika menjadi tetamu program Nine11 terbitan Bernama News Channel di sini, hari ini.

Berpengalaman terlibat dalam empat PRU pada 1999, 2004, 2008 dan 2013 serta 42 pilihan raya kecil, Wan Ahmad berkata antara langkah yang harus dilakukan SPR ialah turun padang bertemu pengundi.

“Antara berita palsu yang tersebar seperti kononnya banyak kelompongan untuk parti bertanding melakukan penipuan dalam proses PRU ini, justeru SPR perlu memberi penjelasan secara ‘face to face’ kepada pengundi mengenai hakikat sebenarnya.

“Hakikatnya SPR memiliki sistem pengurusan pilihan raya yang sahih dan berpaksikan undang-undang sehingga tiada ruang untuk sebarang penyelewengan,” tambahnya.

Bagi PRU14, SPR telah menetapkan hari pengundian pada 9 Mei, manakala tarikh penamaan calon pada 28 April dan tarikh pengundian awal ialah 5 Mei.

Mengulas mengenai rungutan sesetengah pihak mengenai kesesuaian pemilihan tarikh hari mengundi pada hari Rabu, Wan Ahmad yang pernah mewakili SPR menjadi pemerhati PRU di 19 buah negara berkata ia bukanlah satu masalah kerana beberapa PRU sebelum ini juga diadakan pada hari bekerja.

“Biarpun hari pengundian pada hari biasa, sejarah membuktikan peratusan keluar mengundi boleh dikatakan hampir sama seperti dilakukan pada hujung minggu iaitu purata 70 peratus, kecuali pada PRU13 kita merekodkan 84 peratus keluar mengundi.

“Jangan jadikan ia alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab kita tambahan lagi tarikh berkenaan sudah pun diumumkan sebagai hari kelepasan am,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Wan Ahmad Wan OmarSPR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd