• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazim Enggan Dedah Privasi Di Media Sosial

oleh Haris
25/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON, Nazim Othman mengakui kini tidak mahu lagi berkongsi perkembangan peribadi terutama mengenai rumah tangganya bersama Bella Daly kepada umum.

Menolak dakwaan beberapa pihak yang mengatakan bahawa perkahwinan mereka kini bermasalah, Nazim berkata rumah tangganya itu berada dalam keadaan yang baik.

“Dari segi kehidupan peribadi saya stabil, maknanya tiada kekusutan yang berlaku, tenang-tenang sahaja, selagi boleh senyum saya oklah.

“Saya tidak biasa bercakap hal peribadi, kalau ada perkembangan lain saya akan beritahu,” katanya memetik portal mStar Online.

Nazim berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan rumah tangganya bersama aktres tersebut yang kelihatan senyap kebelakangan ini.

Pelakon yang terkenal dengan drama berantai Dendam Aurora itu ditemui pihak media ketika pelancaran koleksi baharu Hush Puppies Exhibition and Art Festival di One Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Dalam pada itu, ketika mengulas mengenai kekurangan gambar mereka bersama di media sosial, Nazim menjelaskan bahawa di a lebih memilih untuk menjaga privasi keluarganya.

Tindakan itu jelasnya diambil disebabkan beberapa isu yang terjadi sebelum ini sekaligus membuatkan dia lebih berhati-hati dalam memuat naik sesuatu gambar di media sosial.

“Bukan gambar dia sahaja, gambar peribadi saya pun sudah jarang kongsikan kerana biarlah menjadi eksklusif saya sahaja.

“Saya juga sudah belajar daripada pengalaman sebelum ini iaitu terlalu terdedah di media sosial yang akhirnya memberi kesan buruk kepada kami,” ujarnya.

Sebelum ini, Bella juga mengeluarkan kenyataan bahawa rumah tangga mereka dalam keadaan yang baik dan beryukur kerana mempunyai seorang suami yang tenang dan memahami kerjaya seninya.

Bella turut memuji suaminya yang dikatakan tidak cerewet dan tidak pernah merungut atau menghalang minatnya untuk terus bergiat aktif dalam dunia seni.

Nazim dan Bella melangsungkan perkahwinan pada 10 Oktober 2016. Majlis akad nikah berlangsung di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah dan selamat bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz. –MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: Bella Dallynazim othman
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bella Dally Mohon Maaf

21/10/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Bella Dally mengakui dia dan seorang rakan melakukan aktiviti berbasikal di sekitar daerah Gombak, Selangor berhampiran...

Bella Dally Umum Bertunang Selepas 8 Bulan Bercerai

16/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Bella Dally, 28, mengumumkan dia kini sah bergelar tunangan orang selepas lapan bulan bergelar janda menerusi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd