• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pandamas 2 Impian 300 Penghuni Setinggan India

oleh AK-47
25/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seramai 300 penduduk setinggan komuniti India bagi program penempatan semula di kawasan Parlimen Titiwangsa menerima kunci Pangsapuri Pandanmas 2, di sini hari ini.

Kunci itu disampaikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang mengundang senyuman 300 penerima rumah baharu itu

Komuniti itu sebelum ini tinggal di kawasan yang daif, sempit dan kurang selesa, kini berpindah ke kediaman lebih kondusif dan menarik.

Pangsapuri Pandanmas2 ditawarkan pada harga RM42,000 dengan keluasan 800 kaki persegi kepada penduduk asal kawasan berkenaan yang majoritinya adalah kaum India.

Tengku Adnan berkata, kediaman itu pastinya merubah landskap kehidupan komuniti terbabit ke tahap lebih sempurna.

“Projek ini tidak menggunakan dana kerajaan sebaliknya kerjasama erat antara pemaju, Aset Kayamas, dan kerajaan dalam usaha menawarkan rumah mampu milik kepada rakyat.

“Tak mungkin anda dapat beli rumah pada harga serendah RM42,000 dengan keluasan sebegini pada jarak kurang dari dua kilometer di tengah-tengah Kuala Lumpur,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Penyerahan Kunci Residensi dan Pangsapuri Pandanmas 2 di sinihari ini.

Tengku Adnan turut menyatakan terdapat skim pinjaman khusus sebanyak 90 peratus termasuk kos pelbagai sebanyak RM4,560 turut disediakan oleh Yayasan Wilayah Persekutuan bagi membantu penduduk asal membeli rumah itu.

Pada majlis itu, Tengku Adnan turut menyerahkan kunci RUMAWIP Residensi Pandanmas 2 kepada 1,920 pembeli.

Ia dijual pada harga RM300,000 seunit yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran semasa di kawasan berkenaan.

Kediaman dengan keluasan 900 kaki persegi itu mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu petak tempat letak kereta berbumbung.

Menteri berkata kementerian Wilayah Persekutuan telah mencapai sasaran keseluruhan pembinaan Rumawip iaitu sebanyak 88,917 unit berbanding 80,000 unit disasarkan di Wilayah Persekutuan. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ku Nan Didakwa Semula Selepas Mahkamah Lepas Tanpa Bebas Tuduhan Kedua

12/12/2018
0

KUALA LUMPUR - Mahkamah Sesyen di sini, hari ini melepas tanpa membebaskan Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan...

Rasuah: Tengku Adnan Mengaku Tidak Bersalah

15/11/2018
0

KUALA LUMPUR — Bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd