• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Durian Batu Kurau Akan Didaftar Di Bawah MyIPO

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LARUT — Durian Batu Kurau akan didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) untuk tujuan komersil bagi meletakkan durian itu setanding dengan durian Musang King, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau berkata langkah ini bagi membolehkan benih durian berkenaan dikomersilkan selain meningkatkan pendapatan pekebun durian.

“Saya percaya apabila didaftarkan, benih durian orang kampung ini juga dapat memasuki pasaran,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Penyampaian Anak Pokok Durian Musang King kepada penduduk kampung di Batu Kurau dekat sini hari ini.

Hamzah berkata pihaknya akan memberikan bantuan 2,000 benih durian Musang King kepada 1,000 penduduk untuk ditanam di kawasan ini bagi menggantikan pokok durian yang sudah tua.

“Pemberian benih durian peringkat pertama ini sebagai percubaan dan kita akan berikan lagi selepas ini,” katanya.

Ketika berucap Hamzah berkata pokok durian Musang King yang ditanam ini mampu mengeluarkan hasil dalam tempoh lima tahun dan durian Musang King dijual di China pada harga RM300. sebiji. – BERNAMA

Tags: DURIAN
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

Ahmad Bashah Buat Keputusan Tanam Durian – Mukhriz

12/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa...

Ratusan Durian Muda Gugur, Rosak Angkara Kera

05/06/2022
0

LIPIS: Beberapa pekebun kawasan projek tanaman berkelompok kerugian apabila ratusan buah durian muda dan hampir masak musnah angkara kawanan kera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd