• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bom Ditemui Di Rumah Lelaki Beri Pelindungan Banduan Lolos

oleh Ahmad Albab
30/01/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Polis menemui sebutir bom tangan di sebuah rumah di Kampung Lalang, Penanti di sini hari ini selepas menahan dua lelaki yang disyaki anggota sindiket pengedaran dadah.

Bom tangan yang dibungkus plastik dan disembunyikan dalam beg plastik mengandungi beras pulut itu ditemui sepasukan polis yang membuat pemeriksaan di rumah berkenaan pukul 10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata pemeriksaan di rumah itu dibuat hasil soal siasat terhadap dua lelaki berumur 28 dan 36 tahun yang ditahan dalam serbuan di rumah itu pukul 6 pagi semalam.

“Lelaki berumur 36 tahun yang merupakan pemilik rumah itu ditahan kerana disyaki pernah memberi perlindungan kepada banduan yang lolos dalam kejadian dua tahun lepas.

“Pasukan Ops Cantas Khas SPU turut merampas dadah jenis syabu seberat 60 gram bernilai RM10,000 dan pelbagai barang yang dipercayai hasil samun dan pecah rumah geng itu,” katanya kepada pemberita di sini.

Abdul Rahman berkata pemeriksaan secara terperinci di rumah itu turut dibantu Unit Anjing Pengesan (K-9) dan Unit Pemusnah Bom (UPB).

“Bom itu dimusnahkan oleh UPB di kawasan ladang sawit belakang rumah berkenaan pada pukul 1.25 tengah hari,” katanya.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan bom itu diperoleh dari negara jiran dan dipercayai digunakan sindiket pengedaran dadah terbabit untuk mempertahankan diri.

Abdul Rahman berkata siasatan mendapati dua banduan yang ditahan 22 Jan lepas setelah dua tahun meloloskan diri itu adalah anggota sindiket sama dan dipercayai bersembunyi di rumah berkenaan selama tiga hari sebelum melarikan diri ke negara jiran.

“Ketika itu suspek belum tinggal di kediamannya kerana rumah itu belum siap sepenuhnya,” katanya.

Abdul Rahman berkata siasatan awal mendapati rumah yang didiami lelaki berumur 36 tahun terbabit bersama isteri dan enam anak itu dijadikan tempat transit dadah sebelum diedar kepada pembeli.

“Semasa serbuan semalam, isteri dan enam anak lelaki itu tiada di rumah dan dipercayai pulang ke kampung mereka. Siasatan juga mendapati pemilik rumah dan rakannya yang tiada pekerjaan itu turut aktif memecah rumah dan samun di sekitar Kulim, Kedah dan Seberang Perai Tengah (SPT) di sini,” katanya.

Abdul Rahman berkata kedua-dua lelaki yang mempunyai pelbagai rekod jenayah itu direman bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian pada 7 Jan 2013, sembilan tahanan yang dalam perjalanan dari Penjara Pulau Pinang ke mahkamah di Butterworth meloloskan diri dengan merampas van polis yang dinaiki selepas membaling serbuk cili kepada anggota polis.

Mereka turut memukul dan menolak keluar empat anggota polis pengiring dengan tangannya mereka yang bergari.

Dua daripada mereka diberkas semula berhampiran van polis yang ditinggalkan di Kampung Padang Chempedak, Tasek Gelugor; dua lagi ditembak mati pada 10 Jan 2013; dua ditahan pada 12 Jan 2013; seorang ditahan pada 13 Jan 2013; manakala dua lagi ditahan di Jitra, Kedah, 22 Jan lepas, setelah dua tahun menjadi buruan
polis. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=f57voHUE8lo

Tags: Bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd