• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fathia Tak Puas Hati Akaun Media Sosial Bakal Disiasat?

oleh
25/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON kontroversi, Fathia Latiff meluahkan rasa tidak puas hati dan kurang senang sebaik sahaja mengetahui bahawa akaun media sosial miliknya bakal disiasat oleh pihak berkuasa.

Memetik beberapa sumber, akaun media sosial milik Fathia akan disiasat pihak berwajib kerana disyaki telah menyalahi seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff menerusi satu entri terbaharu di laman Instagram miliknya pada Selasa.

Menerusi entri itu, Fathia mendedahkan notis yang dihantar kepadanya untuk tampil beri keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi bantu siasatan berhubung salah guna akaun media sosial.

Notis Yang Dihantar Kepada Fathia Untuk Tampil Beri Keterangan Bagi Membantu Siasatan

“Saya mahu seluruh dunia melihat apa yang mereka lakukan kepada saya. Saya pun sudah padam akaun Twitter dan sudah lama tidak kemas kini akaun itu. Saya perlukan pengawal peribadi,” tulis Fathia.

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian di mana rata-rata antara mereka menyatakan pendapat bahawa akaun Fathia disiasat berkemungkinan disebabkan oleh tindakannya yang gemar mengeluarkan kenyataan tidak berasas.

Bagaimanapun, difahamkan kemas kini entri tersebut sudah ditarik balik daripada akaun Instagram miliknya selepas satu jam dimuat naik.

Pelakon, Fathia Latiff.

Sepanjang tahun 2017, Fathia antara yang tidak lepas daripada mencipta pelbagai kontroversi sehinggakan rata-rata netizen menganggap aktres tersebut sebagai artis paling bermasalah bagi tahun tersebut.

Berbanding dengan selebriti lain, Fathia adalah antara yang paling ‘aktif’ terutamanya di media sosial dengan meluahkan pelbagai hujah dan pandangan tersendiri. – MYNEWSHUB.CC/AM

Tags: Fathia LatiffNur Fathia Abdul Latiff
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Fathia Akui Selama Ini Bertudung Bukan Kerana Allah

25/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Selepas mencetuskan teka-teki apabila berkongsi gambar tidak bertudung di Instagramnya sejak Ahad lalu, pelakon kontroversi Fathia Latiff...

Video Mirip Fathia Latiff Tidak Berhijab Tular

28/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Rata-rata netizen terkejut dengan penularan sebuah video yang didakwa mirip pelakon Fathia Latiff tular di laman sosial...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd