RASAKAN… Seekor monyet telah balas dendam kepada seorang lelaki yang cuba membulinya dengan serang semula lelaki terbabit.
Binatang primat itu menjadi mangsa apabila lelaki terbabit, dipercayai seorang pelancong telah menolaknya ke dalam kolam.
Lelaki itu kemudian ketawa. Namun mamalia tersebut keluar dari kolam dan menyerang lelaki terbabit.
Monyet tersebut mengejarnya dan mencakar seluruh muka dan tangan lelaki itu. Kejadian terbabit dirakamkan di kuil Xitian, China.

Sebenarnya monyet itu tidak menganggu sesiapapun sebaliknya ia membuat hal sendiri. Namun lelaki itu sengaja cari nahas.
Pelancong lain yang ada di situ ketawa melihat monyet terbabit mengejar lelaki berkenaan. Keadaan bertambah kelam kabut apabila monyet-monyet lain turut membantu `rakan’ mereka yang teraniaya itu.
Ternyata peristiwa ini pasti akan memberikan pengajaran kepada lelaki itu. – MYNEWSHUB.CC

