• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bot Nelayan Asing Seludup 10,000 Liter Diesel Ditahan

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan sebuat bot nelayan asing yang dipercayai membawa muatan 10,000 liter minyak diesel bernilai kira-kira RM25,000 yang diseludup pada 80 batu nautika dari perairan Kemaman, semalam.

Timbalan Pengarah Maritim Wilayah Timur (Operasi) APMM Kapten Maritim V. Pannir Selvan berkata bot nelayan asing itu ditahan pada 11.45 malam di perairan Pantai Timur semasa bot APMM membuat rondaan.

“Pemeriksaan mendapati tong simpanan hasil tangkapan diubah suai dan dijadikan tempat simpanan minyak. Sepatutnya tong itu adalah untuk diletakkan air batu dan hasil laut namun disyaki diletakkan minyak jenis diesel.

“Kita percaya ia (minyak diesel) dibekalkan kepada bot-bot yang terlibat dengan aktiviti tunda ganding,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata semasa pemeriksaan itu, seramai enam awak-awak dan seorang tekong, yang berumur 23 hingga 45 tahun, gagal mengemukakan sebarang dokumen dan pengenalan diri yang sah.

Kesemua mereka dan bot itu dibawa ke jeti APMM.

Pihak APMM turut merampas bot berkenaan serta peralatan menangkap ikan dan bahan bakar yang berjumlah RM500,000.

Kesemua awak-awak itu ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1956/53 kerana menceroboh perairan Malaysia. – BERNAMA

Tags: ditahan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

Dua Lagi Lelaki Ditahan Kes Tembak Komander AKPS

28/02/2026
0

BUKIT KAYU HITAM: Dua lagi lelaki ditahan polis malam tadi bagi membantu siasatan kes tembakan terhadap kenderaan dipandu Komander Agensi...

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

Wanita Didakwa Menetap Di Terminal KLIA Sejak Setahun Lalu, Ditahan Polis

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis sudah menahan wanita yang menimbulkan kegusaran orang ramai kerana memarahi kanak-kanak yang berada di terminal Lapangan Terbang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd