• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pengarah, 2 Lelaki Terlepas Hukuman Penjara

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pengarah dan dua bekas pembantu pengurus akaun sebuah syarikat pelaburan berasaskan rumpai laut terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman itu atas tuduhan membantu syarikat menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen sah.

Bagaimanapun, hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak mengekalkan hukuman denda RM250,000 yang dijatuhkan Mahkamah Sesyen terhadap bekas dua pembantu pengurus syarikat AK United Sdn Bhd, Choi Yuet Yee, 46, dan Soo Ha @ Lee Poh Kuen, 70, bagi pertuduhan membantu dalam pengurusan syarikat AK United menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah.

Mahkamah juga mengekalkan denda RM700,000 terhadap bekas pengarah syarikat itu, Wong Yiak Leong, 53 tahun atas dua pertuduhan iaitu sebagai pengarah syarikat telah menggunakan kedudukannya untuk membantu dalam pengurusan syarikat AK United menerima deposit daripada orang awam tanpa lesen yang sah.

Mohd Sofian membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan ketiga-tiga perayu itu terhadap hukuman penjara antara dua hingga tiga tahun yang dijatuhkan terhadap mereka oleh hakim Mahkamah Sesyen pada 9 Dis 2016.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Level 2 & 4, Wisma Dinari Jalan Jejaka 4, Taman Maluri, antara Oktober 2007 dan November 2008 mengikut Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 dibaca bersama Seksyen 106(1) akta sama dan boleh dihukum mengikut Seksyen 103(1)(a) yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fatnin Yusuf manakala ketiga-tiga lelaki itu diwakili peguam Gurmukh Singh dan Foo Wen Chong.

Ketiga-tiga mereka juga membayar denda tersebut. – BERNAMA

Tags: Hukuman Penjara
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

Bunuh Suami: Mahkamah Kekal Hukuman Penjara 33 Tahun Terhadap Wanita, Adik Lelaki

11/02/2026
0

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan, di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 33 tahun terhadap wanita dan adik lelakinya yang disabitkan dengan...

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Amang Seksual: Hukuman Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

19/05/2025
0

KLANG – Pendakwah selebriti, PU Azman bernasib baik, apabila dikenakan hukuman penjara 12 tahun berbanding 24 tahun yang dijatuhi Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd