• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Semua Akur Pemilihan Calon BN Kelantan

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MACHANG – Barisan Nasional (BN) Kelantan tidak memerlukan penubuhan pasukan pemantau bagi menyelesaikan isu berbangkit berhubung pemilihan calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kata Timbalan Pengerusi BN Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Beliau berkata mereka yang pada mulanya tidak berpuashati dengan senarai calon BN yang diumumkan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed semalam, kini mengakui senarai tersebut adalah pilihan yang tepat dan berikrar untuk bekerja keras membantu kemenangan BN.

“Walaupun sesetengah pihak tidak berpuashati nama mereka tidak disenaraikan tetapi selepas 48 jam kemudiannya mereka akur dengan pemilihan pucuk pimpinan parti,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyampaian Dividen Risda Peringkat Negeri Kelantan di sini, hari ini.

BN Kelantan ketika mengumumkan 59 calon kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, mempertaruhkan 30 calon muka baharu serta pemimpin veteran untuk PRU14 dalam usaha merampas negeri tersebut daripada penguasaan PAS sejak 28 tahun lepas.

Sementara itu, Ahmad Jazlan, yang Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata lebih banyak kawasan baharu untuk projek Agropolitan Risda akan dibuka di Kelantan sekiranya BN diberi mandat mentadbir negeri itu pada PRU14 supaya lebih ramai rakyat Kelantan mendapat manfaat.

Pada majlis berkenaan, seramai 650 pekebun kecil getah menerima dividen berjumlah lebih RM5.9 juta hasil perolehan ladang getah sepanjang tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Ahmad Jazlan Yaakub
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Presiden UMNO Tidak Perlu Berundur

24/10/2018
0

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tidak wajar didesak oleh mana-mana pihak supaya berundur atau...

Ahmad Jazlan Akan Mohon Peruntukan RM2j Bina Masjid

09/03/2018
0

MACHANG - Anggota Parlimen Machang Datuk Ahmad Jazlan Yaakub akan memohon peruntukan sebanyak RM2 juta daripada kerajaan persekutuan bagi membina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd