• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Tahan Kapal Kargo Seludup 20 Tan Kelapa Sawit

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAWAU – Sebuah kapal kargo yang cuba menyeludup 20 tan kelapa sawit dari negara jiran ke daerah ini, ditahan bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di perairan Wallace Bay dekat sini, tengah hari tadi.

Pengarah Maritim Daerah Tawau, Kepten Maritim Romli Mustafa berkata anggota APMM yang melakukan rondaan terserempak dengan kapal kargo tersebut dalam keadaan mencurigakan kira-kira 12.15 tengah hari.

“Pemeriksaan awal mendapati seorang lelaki warga Indonesia berumur 23 tahun merupakan juragan kapal tersebut.

“Siasatan turut mendapati muatan kelapa sawit dianggarkan bernilai RM12,500 itu dibawa dari negara jiran tanpa sebarang permit sah daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Romli berkata APMM akan terus meningkatkan operasi dari semasa ke semasa bagi membanteras aktiviti jenayah termasuk penyeludupan bahan komoditi.

Dalam pada itu, beliau berharap orang ramai dapat menyalurkan maklumat mengenai kesalahan di laut dengan menghubungi talian MERS 999 atau Pusat Operasi APMM Tawau di talian 089-752116. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: APMMKes Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd