• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fizi Bagi ‘Green Light’, Syakilla Tak Sia Peluang

oleh
24/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBAGAI seorang isteri, tempatnya haruslah di sisi suami; apa yang perlu dilakukan ialah sentiasa peka dalam menjaga diri dan sering beringat dalam setiap perkara.

Menurut aktor Shakilla Khoriri, selepas bergelar seorang isteri, dia kini lebih teliti dalam menjaga penampilan serta akan mengelak untuk memakai pakaian yang mencolok mata seperti sebelum ini.

“Tiada yang memaksa tapi kesedaran itu datang sendiri. Kalau dulu masa solo, ikut suka hati sendiri. Apabila sudah berumah tangga, kita perlu pandai jaga diri dan penampilan,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Syakilla telah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Fizi Ali yang merupakan penyampai radio pada sekitar tiga bulan lalu.

Dalam masa yang sama, Syakilla turut mengakui bahawa sebagai suami, Fizi terlebih dahulu telah mengingatkan dia tentang hal tersebut dan disebabkan itu, dia sendiri berasa peka dengan statusnya kini.

“Suami beri lampu hijau untuk terus mencari rezeki dalam bidang seni, cuma saya harus bijak menggunakan peluang dan menjaga batas.

“Bukanlah bermakna selepas kahwin baru boleh berubah secara total. Ini kerana dulu pun saya tidak seksi, tapi perubahan ini berlaku barangkali seiring kematangan,” tambahnya lagi.

Tambah pelakon drama Papa Ricky itu lagi, kelonggaran yang diberikan oleh suaminya bagaikan satu perkara yang tidak akan pernah disia-siakan selepas ini.

Berkongsi beberapa kisah selepas mendirikan rumah tangga, aktres berusia 30 tahun itu memberitahu bahawa Fizi merupakan seorang suami yang sangat penyabar baginya.

“Biasalah ada masanya perempuan cepat emosi walau berdepan perkara kecil termasuk masalah di set yang kadang-kala terbawa ke rumah.

“Menyedari mood saya kurang baik, Fizi membuatkan saya cepat sejuk. Ada saja yang dibuat termasuk menyediakan makanan kegemaran saya atau memujuk dengan jenaka,” ujarnya.

Walaipun sibuk dengan tugasan di konti radio, Fizi turut sering menyediakan makanan buat isteri yang tersayang.

Sebagai seorang wanita, Syakilla sendiri tidak menafikan bahawa air tangan suaminya itu sangat menyelerakan.

“Dia ringan tulang dan air tangannya memang menyelerakan. Walaupun lebih pakar di dapur, setiap masakan saya pasti dipuji dengan kata-kata paling sedap di dunia.

“Pujian suami membuatkan saya lebih bersemangat masuk dapur terutama hidangan kegemarannya pasta aglio olio,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC/AH

Tags: FIZI ALINetizenSHAKLLA KHORIRI
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

Berkempen Seorang Diri Demi BN, Gambar Lelaki Ini Menyentuh Hati Ramai

15/07/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki berdiri sendirian di tepi jalan sambil memegang plakad Barisan Nasional...

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

Netizen Kata Negeri Sembilan ‘Next’

12/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Netizen mula menyasarkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan untuk mengulangi keputusan PRN...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd