• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporan Forensik Pensyarah Palestin Milik Polis

oleh Ahmad Albab
25/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung laporan forensik kes Dr. Fadi Mohammed Al Batsh, Imam dan pensyarah warga Palestin yang ditembak mati di Setapak, Kuala Lumpur Sabtu lepas.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata pihak kementerian hanya bertanggungjawab menyediakan laporan forensik untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Ini adalah kes polis, laporan itu adalah untuk polis dan kami tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kes ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menghadiri perasmian Institut Kanser Negara (IKN) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi Sabtu lepas, Fadi, 35, ditembak mati ketika berjalan ke surau dekat sebuah kondominium di Jalan Meranti, Setapak, untuk menunaikan solat Subuh.

Sementara itu, Dr. Subramaniam berkata IKN yang mula beroperasi pada 2013 merupakan satu daripada usaha kerajaan untuk menawarkan rawatan intensif yang berkualiti kepada penghidap kanser dengan kos yang lebih rendah.

“IKN satu-satunya pusat kanser yang dilengkapi dengan mesin ‘Novalis’ bernilai RM22 juta dan kos rawatan menggunakan mesin ini di hospital swasta adalah RM40,000 tetapi, di IKN, pesakit hanya perlu membayar RM12 untuk mendapatkan rawatan dan kos selebihnya akan disubsidi kerajaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Dr. Fadi M R Albatsh Fatmaforensik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zayn Rayyan Mati Dijerut, Dubur Koyak Bukan Lemas – Pakar Forensik

Zayn Rayyan Mati Dijerut, Dubur Koyak Bukan Lemas – Pakar Forensik

08/04/2025
0

PETALING JAYA: Kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin meninggal akibat dijerut kemungkinan menggunakan tali, lanyard atau kain dipintal dan...

Pasukan Forensik Bomba Turut Guna K9 Siasat Kebakaran Flat Sri Sabah

Pasukan Forensik Bomba Turut Guna K9 Siasat Kebakaran Flat Sri Sabah

12/02/2024
0

KUALA LUMPUR: Pasukan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berada di Blok 70 Flat Sri Sabah, Cheras di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd