• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kate Pulang Ke Istana Hanya 7 Jam Selepas Bersalin

oleh Ahmad Albab
24/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TIDAK seperti ibu-ibu lain, Kate Middleton memutuskan untuk pulang awal dari hospital, hanya tujuh jam selepas melahirkan cahaya mata ketiganya, menurut media Britain.

Dilahirkan pada tarikh sama Shakespeare, putera cilik itu meninggalkan Hospital St. Mary bersama bonda dan ayahandanya, Putera William untuk berehat di Istana Kensington.

Kate tampil berseri dengan busana merah sambil mengendong bayi seberat 3.6 kilogram itu yang lahir pada 11.01 pagi, Isnin, selepas tiba di hospital pada pukul 6 pagi.

Ternyata lima jam setengah di bilik bersalin tidak menghalang Duchess of Cambridge ini tersenyum manis di depan wakil media dan orang ramai yang berkumpul di luar hospital berkenaan untuk merakam saat bersejarah kelahiran pewaris ke lima takhta diraja Britain itu.

“Kami sangat gembira, seronok – anak ketiga tentunya menambahkan kebimbangan kami sekarang, tetapi kali ini kami tidak membiarkan anda semua menunggu lama,” kata William sebaik membantu isterinya masuk ke dalam kenderaan diraja.

Putera diraja itu juga memberitahu bagaimana dua anaknya, Putera George, 4 dan Charlotte, 2, begitu gembira dengan kehadiran adik mereka.

Ditanya mengenai nama anaknya itu, kata William: “Lambat laun kamu akan tahu juga.”

Setakat ini, Albert, Arthur, Jack dan Fred adalah empat nama yang diramal menjadi pilihan untuk putera kedua ini. – TheSun/mStar Online

Tags: Kate Middletonputera william
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Mahu Sekat Komen ‘Haters’ Terhadap Meghan, Kate

10/03/2019
0

SELAIN Ratu Elizabeth, nama dua lagi wanita dalam keluarga diraja Britain iaitu Meghan Markle dan Kate Middleton sering menjadi bualan...

Biarpun Bergaduh, Meghan Masih Sertai Kumpulan Whatsapp Bersama Kate

11/12/2018
0

PADA kebiasaannya, apabila seseorang individu bergaduh dengan temannya, antara perkara yang akan dilakukan ialah keluar dari kumpulan perbualan (group chat)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd