• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mohamad, KJ Dan Shaziman Kekal Tanding Kerusi Sama

oleh AK-47
24/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan akan mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei ini.

Menteri Belia dan Sukan yang juga Pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Penasihat Politik kepada Perdana Menteri yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor masing-masing kekal mempertahankan kerusi Parlimen Rembau dan Parlimen Tampin.

Kerusi Parlimen Rembau disandang Khairy selama dua penggal sejak 2008 manakala Shaziman di Parlimen Tampin selama empat penggal sejak 1999.

Mohamad mengumumkan bahawa Duta Besar Malaysia ke Kemboja, Datuk Seri Hasan Malek juga dicalonkan untuk mempertahankan kerusi Parlimen Kuala Pilah yang disandangnya selama tiga penggal sejak 2004.

BN turut mencalonkan muka baharu iaitu personaliti program motivasi dan keagamaan, Syamsul Amri Ismail, 41, atau lebih popular sebagai Syamsul Debat untuk bertanding di kerusi DUN Sikamat, katanya pada majlis penyerahan watikah kepada calon-calon BN di Kediaman Rasmi Menteri Besar di sini, hari ini. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

Parlimen Mungkin Bubar Awal Jika BN Johor, Negeri Sembilan Menang Besar – Dr Ong Kian Ming

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Bekas Ahli Parlimen DAP Bangi, Dr Ong Kian Ming menggariskan beberapa sebab mengapa beliau percaya sokongan kepada...

Pakatan Harapan Terlalu Banyak Berjanji –  Pemuda MIC

Pakatan Harapan Terlalu Banyak Berjanji – Pemuda MIC

07/07/2026
0

JOHOR BAHRU - Berapa lama lagi rakyat mahu terus diperdaya dengan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Pakatan Harapan (PH) Pemuda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd