• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saman Fitnah: Rafizi Dan Chan Tarik Balik Rayuan

oleh Ahmad Albab
23/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Naib presiden PKR, Mohd Rafizi Ramli dan pemilik portal berita dalam talian hari ini menarik balik rayuan pembelaan mereka bagi komen yang adil dalam saman fitnah difailkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membatalkan rayuan berkenaan selepas peguam bela Razlan Hadri Zulkifli yang mewakili Mohd Rafizi dan Chan Chee Keong memaklumkan anak guamnya menarik balik rayuan itu.

“Kami (peguam Mohd Rafizi dan Chan dan Najib dan Rosmah) juga bersetuju dengan kos RM10,000 bagi kedua-dua rayuan,” kata Razlan di hadapan panel hakim yang terdiri daripada Hakim Besar Malaya, Tan Sri Ahmad Maarop dan Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Zainun Ali, Tan Sri Azahar Mohamed dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pada 20 Jun, 2017, Mahkamah Persekutuan membenarkan Mohd Rafizi dan Chan untuk merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan membatalkan pembelaan mereka bagi komen yang adil dan hari ini panel hakim dijadual mendengar rayuan itu.

Najib dan Rosmah yang diwakili Datuk Mohd Hafarizam Harun telah memfailkan saman terhadap Mohd Rafizi atas dakwaan memberi ucapan berbaur fitnah terhadap mereka dalam satu forum berkaitan subsidi minyak di Bandar Tun Razak pada 22 November, 2014.

Najib dan Rosmah mendakwa ucapan Mohd Rafizi direkdokan oleh Media Rakyat dan dimuat naik oleh Chan atau penolongnya melalui YouTube dan portal Media Rakyat.

Mereka mendakwa Chan berkongsi rakaman itu di dalam akaun Facebook Media Rakyat yang boleh diakses secara bebas oleh pengguna internet di seluruh dunia.

Pasangan itu menuntut ganti rugi am, teruk dan teladan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, faedah dan kos.

Najib dan isterinya telah berusaha untuk membatalkan pembelaan bagi komen yang adil yang dinyatakan oleh Mohd Rafizi dan Chan dalam pernyataan pembelaan mereka atas alasan kata-kata yang dipertikaikan itu adalah “pernyataan tentang fakta dan bukan pernyataan komen”.

Mereka gagal dalam usaha mereka di Mahkamah Tinggi, yang mendorong mereka merayu kepada Mahkamah Rayuan yang kemudiannya membuat keputusan yang memihak kepada mereka dan membatalkan pembelaan bagi komen yang adil oleh Mohd Rafizi dan Chan pada 29 November, 2016.

Di luar mahkamah, ketika ditanya tentang kenapa anak guamnya mahu menarik balik rayuan, Razlan berkata Mohd Rafizi akan mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu.

Beliau berkata kes itu akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi. Bagaimanapun, tarikh masih belum ditetapkan. – BERNAMA

*Video sekadar hiasan…

Tags: Rafizi RamliSaman Fitnah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd