• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Dua Lelaki Ini Yang Pukau Ibu Saya”

oleh AK-47
23/04/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG wanita berputih mata apabila mengalami kerugian hampir RM30,000 selepas dipukau dua lelaki dalam kejadian di sebuah pasar raya di Taman Sentosa, Klang.

Menurut anak perempuan mangsa, Araa, dia mendedahkan kejadian itu berlaku pada jam 11.48 pagi Sabtu ketika ibunya pergi ke pasar raya Econmart untuk membeli barang keperluan.

“Mama bawa RM300 saja nak beli barang. Dia (suspek) bercakap-cakap dengan mama dan mama ikut dia dari dalam Econmart sampai masuk ke dalam kereta. Dia bawa ke kedai mama dan mama bagi duit pada dia.

“Kemudian dia tinggalkan mama di hujung Econmart,” tulisnya dalam perkongsian status di laman Twitter.

Muka muka yang pukau mak aku pagi tadi jam 11.48am di econmart taman sentosa klang. Barang emas dan duit dalam rm30k semua. Siapa nampak muka2 ni naik kereta wira hitam please inform ye. Thankyou pic.twitter.com/BYJEE9DbCb

— araa (@AraaYazid) April 21, 2018

Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu untuk tindakan lanjut.

“Mama masih lemah dan trauma. Kasihan mama. Nasib baik dia tak apa-apakan mama. Dah buat laporan polis tetapi polis tak boleh buat apa-apa sebab pukau-pukau ini secara rela kita bagi,” tulisnya.

Menurut maklumat yang diperolehi Araa, ibu saudaranya juga hampir menjadi mangsa suspek yang sama sebelum ini di Econsave Sentosa.

“Dapat info, last year dia hampir nak pukau makcik saya di Econsave, Sentosa. Rasanya dia memang sasar mangsa di kawasan ini dan dengar-dengar diorang ini penduduk di Sentosa juga dan sudah banyak kali pukau orang, tetapi mereka masih selamat,” tulis Araa.

Justeru, Araa memohon bantuan orang ramai yang mengenali wajah-wajah suspek dalam gambar yang disertakan itu tampil memberi maklumat kepadanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: ilmu hitampukau
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Pukau Suri Rumah Direman

Tiga Lelaki Pukau Suri Rumah Direman

04/06/2023
0

Kangar : Tiga lelaki termasuk seorang warga Indonesia yang ditahan semalam kerana disyaki menipu barang kemas bernilai RM19,000 dipercayai dengan...

Rakam Video Bogel Akibat Dipukau ‘Wanita Cantik’

08/08/2018
0

SIAPA sangka perbuatan berbalas pesanan dengan seorang 'wanita cantik' telah bertukar mimpi ngeri apabila si pemuda mendakwa dirinya dipukau hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd