• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Stesen’ Minyak Tradisional Masih Wujud Di Dabong

oleh
23/04/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KRAI – Stesen pam minyak tradisional amat jarang ditemui pada zaman serba canggih ini kerana telah digantikan dengan stesen berkelengkapan moden.

Malah, ada yang tidak ketahui bagaimana rupa pam minyak tradisional terutamanya generasi muda zaman sekarang.

Di pekan Dabong, Kuala Krai, Kelantan, terdapat pam minyak tradisional dalam sebuah kedai kayu berfungsi sebagai nadi petrol yang digunakan penduduk setempat untuk mengisi petrol motosikal dan kereta.

Pam minyak tradisional mempunyai balang dan paip getah bagi menyedut petrol sebelum diisi dalam tangki kereta ataupun motosikal.

Petrol akan disedut dari tong menyimpan petroleum sebelum dialirkan ke dalam pam pengepam seterusnya melalui paip getah sebelum sampai ke tangki kenderaan.

Lapor Astro Awani, pemilik pam minyak tradisional Othman Mat Yaman, 56 tahun menjalankan perniagaan pam minyak tradisional yang diwarisi dari orang tuanya sejak lebih 30 tahun lalu.

Setiap hari kedainya itu akan menjual sebanyak 600 liter petrol dengan mengambil keuntungan 4 sen bagi setiap liter dan akan bertamabah 1,000 hingga 1,200 liter sehari semasa musim cuti persekolahan dan musim perayaan.

“Saya mendapatkan bekalan minyak dari stesen minyak di Jeli, dengan jarak 50 kilometer dari Dabong, saya isi dengan tong dram, dengan menggunakan van saya bawa balik ke Dabong ini,” katanya.

Stesen minyaknya yang beroperasi dari pagi hingga jam 10 malam telah membantu lebih 15,000 penduduk di Dabong disebabkan pekan tersebut tiada stesen minyak lain.

Othman berharap agar perniagaan senja ini akan tetap beroperasi dan bakal diwarisi anak-anaknya sekiranya beliau tiada kelak. – MYNEWSHUB.CC/MIZE

*Video sekadar hiasan…

Tags: kedai kayupam minyak
Share199Tweet124SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd