• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Maut Bertembung Lori Pasir Dan Langgar Bas

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki dan seorang wanita maut apabila kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan lori pasir sebelum melanggar sebuah bas sekolah di tepi jalan di Kilometer 41, Jalan Johor Bahru, menghala ke Ayer Hitam, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kulai Supt Dzulkhairi Mukhtar berkata kemalangan yang berlaku pada 9.40 pagi tadi pemandu lelaki yang dikenali sebagai Soh Yong Hau, 23, bersama seorang wanita yang masih belum diketahui identitinya itu maut di tempat kejadian.

“Daripada maklumat yang diterima daripada saksi yang berada di tempat kejadian, difahamkan akibat pertembungan itu (dengan lori pasir), kereta yang dipandu mangsa telah terseret ke kiri jalan dan melanggar sebuah bas yang diletakkan di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Lokasi kejadian merupakan jalan dua hala dengan satu lorong setiap arah serta dipisahkan dengan garisan putih berkembar.

Bagaimanapun, pemandu lori pasir berusia 26 tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiada penumpang atau pemandu berada dalam bas sekolah berkenaan.

“Pihak polis masih lagi mengesan waris kepada mangsa wanita yang masih belum diketahui identitinya dan bedah siasat kedua-dua mangsa akan dilakukan di Hospital Kulai petang ini,” kata beliau.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd