• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amira Othman Akui Single Baharu Belum ‘Panas’

oleh Haris
23/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MULA dikenali ramai selepas dua lagunya sebelum ini mendapat sambutan, penyanyi, Amira Othman mengakui single terbaharunya berjudul Mimpi Indah masih belum mendapat tempat di hati pendengar.

Amira berkata, lagu berkenaan tidak mendapat sambutan seperti single Hati-Hati dan Jaga-Jaga yang melonjakkan namanya dalam industri seni suara negara pada tahun 2016 biarpun sudah menceburinya sejak tahun 2013.

Jelasnya, lagu terbaharu ciptaan Hael Husaini dan diterbitkan komposer terkenal, Edry Abdul Halim itu dilihat kurang menyegat, namun berpendapat kemungkinan ia mengambil sedikit masa untuk popular.

“Saya sedar lagu Mimpi Indah kurang impak… Penerimaan terhadap single itu tidaklah seperti dihajati.

“Namun, saya belum berputus asa atau menyerah. Lagu saya sebelum ini, Hati-Hati pun mengambil masa lapan bulan untuk disedari ramai.

“Apatah lagi Mimpi Indah yang dilancarkan, tiga bulan lalu. Saya giat mempromosikan lagu ini selain mencari peluang menjadikannya lagu tema drama,” katanya memetik BH Online.

Sementara itu, menceritakan perkembangan seninya, pelakon drama Abang Bomba I Love You itu ternyata teruja apabila menceritakan mengenai projek duet bersama adiknya yang juga merupakan penyanyi meningkat naik, Irfan Haris.

Ujar Amira, adiknya itu sedang dalam proses mencipta lagu duet untuk mereka yang berkonsepkan genre balada.

Namun, Amira mengakui kemungkinan lagu berkenaan hanya akan dilancarkan selepas Irfan menamatkan pelajarannya di Johor Bahru.

Amira turut mendedahkan bahawa adiknya itu tidak suka ponteng sekolah dan lebih rela bergegas pulang ke Johor supaya tidak ketinggalan dalam pelajaran.

“Adik saya masih belajar dan menetap di Johor Bahru. Kasihan pula lihat dia asyik berulang-alik ke Kuala Lumpur,” katanya.

“Adik saya sanggup bergegas pulang hari yang sama selepas tamat persembahan kerana tak mahu tercicir daripada kelas.

“Malah, dia mahu menyambung pelajaran. Saya mahu dia belajar di Kuala Lumpur supaya urusan seni lebih mudah,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai rekaan busananya yang dilakukan bersama pereka fesyen terkenal,  Zareeth Zehra, Amira berkata koleksi 10 rekaan itu menonjolkan elemen ringkas dan elegan.

“Ini kali kedua saya bekerjasama dengan pereka fesyen. Ada lapan baju kurung moden dan dua jubah. Saya pastikan pakaian direka tampak sopan,” katanya yang memperkenalkan jenama itu pada fesyen Starvilion di ibu negara, baru-baru ini. – MYNEWSHUB.CC/EZ

Tags: amira othmanMimpi Indahsingle baharu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wany Hasrita Tunai Haji Atas Jemputan Kedutaan Arab Saudi

06/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Wany Hasrita menerima jemputan daripada Kedutaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada musim ini dan...

Bukan Aksi ‘Buat-Buat’ – Amira Othman

15/08/2018
0

KUALA LUMPUR - Penyanyi Amira Othman terkilan kemesraan dengan adik-beradik yang sering dipaparkan di laman sosial dituduh aksi ‘buat-buat’ atau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd