• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Letak Batu Asas Pembinaan Hospital Pendang

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENDANG – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyempurnakan upacara meletakkan batu asas sebagai simbolik untuk memulakan projek pembinaan Hospital Pendang di Kampung Manggol Pauh di sini.

Turut hadir Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah serta Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Norhizan Ismail.

Dr. Norhizan berkata kerja pembinaan hospital yang menelan belanja RM210,940,000.00 itu dijangka bermula Mei ini membabitkan kawasan seluas 17 hektar namun hanya lapan hektar digunakan untuk fasa pertama projek itu manakala baki selebihnya bagi perancangan masa depan.

Beliau berkata hospital itu nanti akan beroperasi sebagai hospital pakar minor yang membabitkan 10 perkhidmatan kepakaran antaranya pembedahan, ortopedik, obstetrik dan ginekologi, pediatrik serta anestesiologi.

“Projek membina hospital itu dijangka siap sepenuhnya pada November 2021 dan akan mula beroperasi dengan 126 katil. Bagaimanapun, berdasarkan keluasan tanah sedia ada, ia boleh menampung hingga 250 katil pada masa akan datang,” katanya kepada pemberita selepas upacara berkenaan berkenaan.

Katanya selain itu skop perkhidmatan hospital itu termasuk pesakit luar, pesakit dalam, diagnostik dan rawatan, sokongan perubatan, sokongan bukan perubatan, pendidikan dan latihan, pengurusan dan kemudahan kakitangan serta awam.

Dr. Norhizan berkata hospital itu dijangka dapat memanfaatkan lebih 112,000 penduduk daerah ini setelah siap sepenunya nanti. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razakhospital
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

Nazifuddin Terharu Rakyat Negeri Sembilan Simpan Gambar Bekas PM Najib

27/07/2026
0

SEREMBAN – Anak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Seri Nazifuddin Najib berkata jasa seseorang pemimpin tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd