• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Integrasi, Perpaduan Bermula Peringkat Awal Persekolahan

oleh Ahmad Albab
22/04/2018
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAN DATUK — Usaha memupuk integrasi dan perpaduan di kalangan etnik harus diterapkan di kalangan murid seawal prasekolah dan sekolah rendah, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ini kerana had umur pada masa itu sesuai dan berkesan untuk memahami konsep itu.

“Integrasi dan perpaduan di kalangan murid-murid penting dan harus dididik bermula dari sekolah rendah. Didikan integrasi ini cukup berkesan jika ia dibuat dalam tempoh enam tahun (bermula) dari Tahun Satu hingga Tahun Enam.

“Dan ini merupakan usaha yang bukan hanya berdasarkan kepada kurikulum atau silibus tetapi harus diusahakan oleh pengurusan sekolah, bukan hanya pada guru besar semata-mata,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Sukan dan Olahraga SJKC Yeong Seng, Batu 10, Hutan Melintang pagi ini.

Ahmad Zahid yang juga penyandang kerusi Parlimen Bagan Datuk turut mengingatkan golongan ibu bapa supaya tidak meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak mereka di bahu guru semata-mata bagi memastikan usaha melahirkan insan yang menghormati dan memahami perasaan antara kaum lain dapat dijayakan.

“Kita lihat bahawa perpaduan agak terjejas dan asimilasi sosialnya, dan apatah lagi berlaku jurang budaya.

“(Jadi) saya sarankan harus ada komunikasi silang budaya agar sebagai kaum di Malaysia dapat memahami budaya masing-masing.

Malah, kata beliau, memupuk perpaduan di kalangan murid tidak boleh dibuat hanya berdasarkan sukatan pelajaran tetapi ia mesti dilakukan melalui sosial asimilasi melalui komunikasi silang budaya.

“Dua elemen ini penting dan SJKC Yeong Seng merupakan contoh terbaik,” katanya.

Ahmad Zahid berkata SJKC Yeong Seng bukan hanya mempunyai murid kaum Cina malah turut mempunyai murid dari kalangan kaum Melayu dan India.

“Usaha ini harus digalakkan dan kerajaan mengharapkan agar terdapat integrasi pelbagai kaum di SJKC kerana terdapat minat di kalangan ibu bapa kaum Melayu dan India untuk menghantar anak-anak ke SJKC bagi mempelajar bahasa Mandarin.

Bahasa Mandarin adalah antara bahasa terbesar (dituturkan) di dunia dan ini tentunya harus digalakkan kerana bahasa itu menjadi bahasa perdagangan lingua franca yang digunakan oleh masyarakat antarabangsa,” katanya. — BERNAMA

Tags: Ahmad Zahid Hamidi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

TPM Zahid Hargai Peranan Ahli Meteorologi, Lindungi Keselamatan Orang Ramai

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan penghargaan kepada seluruh ahli meteorologi...

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

Hishammuddin Bersedia Kembali Kepada UMNO, Tegaskan Tak Pernah Lari Atau Serang Parti

12/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyatakan kesediaan beliau untuk kembali kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd