• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aktres Hollywood Protes Israel Tolak Hadiah AS$1 Juta

oleh
21/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEL AVIV – Pelakon terkenal, Hollywood Natalie Portman membuat kejutan apabila enggan hadiri satu acara penganugerahan berprestij di Israel dan meraih hadiah bernilai AS$1 juta (RM3.8 juta).

Beliau beri alasan tidak mahu terlibat dengan beberapa insiden menyedihkan di negara haram Yahudi itu, menurut pihak penganjur, sekali gus turut mengumumkan majlis penyampaian hadiah tersebut semalam terpaksa dibatalkan.

Israel mencetuskan kemarahan masyarakat antarabangsa sejak beberapa minggu lalu ekoran kekejaman digunakan askar rejim itu semasa bertempur dengan rakyat Palestin yang hanya bersenjatakan batu kecil di sempadan Gaza.

Setakat ini, kira-kira 31 warga Palestin berjaya dibunuh dan ratusan yang lain cedera. Pemerintah Israel namun bertegas bahawa pihaknya terpaksa melakukan demikian konon demi melindungi sempadan daripada diceroboh.

Menerusi kenyataan dalam lamannya, yayasan yang menyampaikan Hadiah Genesis dipetik sebagai mengatakan: “Insiden di Israel baru-baru ini amat membimbangkan dan menyedihkan beliau sendiri hingga berasa tidak selesa.

“Justeru beliau agak keberatan untuk mengambil bahagian dalam sebarang acara awam yang diadakan di Israel.” Yayasan tersebut bagaimanapun tidak pula memberikan perincian di sebalik keputusan mengejut oleh Portman itu.

Pegawai seranta Portman di Los Angeles, Amerika Syarikat juga tidak dapat memberikan sebarang respons kepada e-mel daripada pihak media tempatan yang begitu teruja meminta maklumat lanjut mengenai perkara tersebut.

“Saya berasa amat kecewa apabila mendapat tahu bahawa Portman terpengaruh dengan penyokong gerakan global BDS (Boikot, Divestasi dan Sekatan) yang dilancarkan sejak 2005,” kata Menteri Kebudayaan Israel, Miri Regev.

Sejak 2014, Hadiah Genesis sudah diberikan kepada individu cemerlang dalam bidang profesional mereka yang menjadi inspirasi kepada orang lain menerusi dedikasi mereka kepada masyarakat Yahudi dan nilai Yahudi.

Portman dilahirkan di Baitulmaqdis pada 1981, memiliki dwikerakyatan AS dan Israel. Graduan Universiti Harvard ini yang sudah berkahwin dan ada dua anak aktif dalam bidang perfileman sejak 1992. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: IsraelNatalie PortmanPalestin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

Perancis Haramkan Itamar Ben-Gvir Masuk Masuk Wilayah Negara Itu

23/05/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  PARIS – Kerajaan Perancis secara rasmi mengharamkan Menteri Keselamatan Nasional Israel, Itamar Ben-Gvir daripada memasuki wilayah negara itu...

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

Infrastruktur Telekom Israel Didakwa Diguna Untuk Intip Pengguna Di Lebih 10 Negara Termasuk Malaysia

05/05/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Satu pendedahan mengejutkan mendakwa infrastruktur telekomunikasi milik Israel telah digunakan secara meluas untuk tujuan pengawasan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd