• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manifesto BN Perak Garis 7 Teras, Sasar 7 Golongan

oleh Ahmad Albab
21/04/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Barisan Nasional (BN) Perak hari ini melancarkan manifesto bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bertemakan “Demi Kemakmuran dan Kesejahteraan” yang menggariskan tujuh teras utama dan menyasarkan tujuh golongan.

Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi BN Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir melancarkan manifesto berkenaan di kediaman rasmi Menteri Besar di sini hari ini.

Manifesto itu mengandungi tujuh tekad iaitu mengukuhkan ekonomi negeri dan meningkatkan pelaburan; meningkatkan kos sara hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan; perumahan; mengupayakan modal insan dengan menjamin peluang pendidikan; menjamin ksejahteraan, keselamatan dan keamanan; kelestarian dan pembangunan mapan, dan Perak sebagai destinasi antarabangsa.

Manifesto itu akan memberi keutamaan kepada kumpulan sasar iaitu wanita, anak muda, orang kita (orang asli), orang kelainan upaya, orang kampung, orang taman (mereka yang duduk di taman), dan warga emas.

Bagi Tekad Satu iaitu mengukuhkan ekonomi dan meningkatkan pelaburan di Perak, BN Perak menjanjikan untuk mewujudkan zon perdagangan bebas (FTZ) di Seri Iskandar, menjadikan Perak Hub Automatif yang akan memberi fokus Autocity di Daerah Mualim (Proton-Geely) dan pemasangan kenderaan di Bagan Datuk.

Selain itu, BN Perak juga menjanjikan pembinaan sebuah lapangan terbang baharu di Seri Iskandar dan pembinaan sebuah pusat mesyuarat, insentif, konvensyen dan pameran (MICE) di Lembah Kinta, lembah makanan di setiap daerah dan mewujudkan ekonomi mengkut kluster di semua daerah.

Bagi Tekad Dua iaitu meringankan kos sara hidup dan mewujudkan peluang pekerjaan, antara lain BN Perak menjanjikan untuk mewujudkan pusat pengedaran kedai bergerak Amanjaya di setiap daerah, tiada kenaikan tarif air bagi kediaman domestik, meningkatkan bantuan kotak makanan Yayasan Bina Upaya (YBU).

Bagi Tekad Tiga iaitu perumahan, BN Perak menjanjikan pembinaan rumah transit belia, menambah 35,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun akan datang, program rumah bahagian Amanjaya bagi pasangan baru berkahwin selain menaikkan peruntukan program bina baru dan baik pulih rumah Skim Infra Bina Upaya dan mengecualikan yuran guaman bagi rumah Amanjaya I dan II.

Tekad Empat, iaitu mengupayakan modal insan dengan menjamin peluang pendidikan, BN Perak menawarkan Skim Sara hidup Amanjaya bagi penuntut-penuntut anak perak di IPTA seluruh negara, menawarkan imbuhan tambahan sebanyak RM500 kepada penerima dermasiswa yang mendapat CGPA 3.7.

Bagi Tekad Lima iaitu menjamin kesejahteraan, keselamatan dan keamanan, BN Perak menjanjikan kenaikan kadar bantuan am kebajikan antara RM300 hingga RM500, cuti tanpa rekod sebanyak tujuh hari setahun bagi penjawat awam untuk menjaga ibu bapa yang terlantar, menaik taraf Daerah Kecil Selama sebagai daerah penuh dan menaik taraf jalan-jalan seperti Jalan Ipoh-Lumut, jalan persekutuan Kampar-Bidor, dan jalan persekutuan Slim River-Tanjung Malim.

Bagi Tekad Enam iaitu kelestarian dan pembangunan mapan, BN Perak menawarkan memulihara kawasan hutan simpan, membuka Amanjaya Elephant Sanctuary dan menambah kawasan-kawasan Taman Negeri untuk tujuan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

Tekad Tujuh, Perak sebagai destinasi antarabangsa, BN Perak berjanji akan melonjakkan industri pelancongan Perak dengan pemasyhuran Geopark Lembah Kinta di peringkat kebangsaan, mempertingkatkan liputan dunia dengan menambahkan pengiktirafan tapak warisan UNESCO di negeri Perak melalui permohonan untuk Taman Negeri Royal Belum dan Menara Condong Teluk Intan. – BERNAMA

Tags: BN PerakDatuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd