• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarah Pertaruhkan ‘Pedih’ Demi Masa Hadapan

oleh
21/04/2018
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERCUBAAN pendatang baharu, Sarah Suhairi mengambil keputusan untuk tangguh pelajaran jika single pertama berjudul Pedih nyanyiannya mendapat sambutan peminat ternyata agak berani.

Bagaimanapun, gadis berusia 18 tahun itu tetap akan berbincang mengenai perkara itu terlebih dahulu dengan kedua-dua orang tuanya.

“Saya memang minat menyanyi sejak kecil lagi dan menyimpan impian untuk menjadi penyanyi suatu hari nanti.

“Kalau ada rezeki single pertama berjaya, saya akan fokus pada bidang nyanyian dan mungkin sambung belajar itu ditangguhkan dahulu,” katanya dipetik daripada portal mStar Online.

Minatnya yang mendalam terhadap bidang nyanyian membuahkan hasil apabila kini dia sudah bergelar artis di bawah pengurusan syarikat MVM Production Sdb Bhd.

Bakat nyanyian gadis muda ini mula terlihat apabila cover lagu Despacito nyanyiannya yang dimuat naik di laman Instagram miliknya telah menjadi tular sekitar awal tahun lalu.

Malah, dia juga sering merakamkan semula nyanyian lagu-lagu penyanyi lain yang sedang popular pada masa kini.

https://www.instagram.com/p/Bht139TFA07/?taken-by=sarahsuhairi

Dalam masa yang sama, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Rawang di Selangor itu turut mengakui bahawa pelajaran sememangnya amat penting baginya untuk menentukan masa hadapan.

Tetapi sebagai anak muda, dia turut mahu memulakan kerjaya dalam bidang nyanyain pada masa yang sama.

“Saya memang berharap dapat melakukan dua benda dalam masa yang sama iaitu menyanyi dan sambung belajar.

“Tapi semua itu bergantung pada keadaan juga. Tidak dinafikan pelajaran itu sangat penting. Saya tengok mana rezeki sampai terlebih dahulu,” tambahnya lagi.

Sebagai pendatang baharu, Sarah turut telah bersediap daripada segi mental dan fizikal bagi menghadapi segala dugaan sebagai seorang anak seni.

Terdahulu, sebelum dia dikenali, terdapat beberapa golonga netizen yang mengecam dirinya hanya disebabkan pemilihan genre muzik balada sebagai permulaan baginya yang sangat hijau dalam dunia seni.

“Rasanya saya dah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk masuk dalam dunia industri seni ini.

“Sebelum ini pun saya pernah dikecam netizen yang mempersoalkan kenapa saya pilih genre muzik belada untuk permulaan.

“Mereka kata penyanyi baharu suka pilih genre itu dan minta saya ubah yang lain. Insya-Allah mungkin selepas ini saya akan cuba yang lain pula,” ujarnya.

Lagu Pedih sudah boleh didengari menerusi laman Youtube dan sehingga kini, muzik video lagu ciptaan Iman Imran itu sudah ditonton sebanyak hampir 400,000 sejak dimuat naik pada 2 April lalu. – MYNEWSHUB.CC/ AH

Tags: NetizenPEDIHSarah Suhairi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Bidas Dakwaan Anwar: “Kalau Betul PRN Johor Boleh Bebaskan Najib, 2022 Sudah Bebas”

Netizen Bidas Dakwaan Anwar: “Kalau Betul PRN Johor Boleh Bebaskan Najib, 2022 Sudah Bebas”

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengaitkan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dengan pembebasan bekas...

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

PRN Johor: PH Janji Bawa Kemajuan – Netizen Tanya Bila Tol Percuma Simpang Renggam?

28/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Calon Pakatan Harapan (PH), Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa PH berjanji akan membawa kemajuan di Johor sekiranya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd